LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Friday, November 21, 2008

More Pict Trip To Melaka















http://photobucket.com/fainrl25melaka

Majlis Pertunangan Ahmad Faisyal & Nurul Firdaus


Antara gambar sekitar majlis pertunangan kami pada 10 Ogos.......

Tema: Oren & Putih

Melaka Trip ( 16/11/08)


Ahad lepas kami telah join lawatan HAF ke melaka bandar bersejarah.......kami berkumpul di rumah uncle malik dan bergerak menaiki bas...perjalanan mengambil masa 3 jam....... lokasi pertama kami adalah ke perigi hang tuah......kami singgah melihat sendiri perigi hang tuah dan selepas itu sempat meluangkan masa melawat ke rumah tradisional melayu melaka.........selepas itu kami meneruskan perjalanan ke sengai melaka untuk menaiki cruise mengelilingi sungai melaka.........perjalanan mengambil masa 45 minit dan kami diberi penerangan mengenai serba sedikit sejarah negeri melaka..........selepas itu kami meneruskan perjalanan ke restoran ole sayang untuk menikmati makanan tengah hari ala baba nyonya......selepas itu kami melawat ke jalan tun tan cheng lock...di sekitar kawasan itu kami sempat singgah ke beberapa tempat antaranya tokong cina,masjid dan ke kuil......selepas itu kami terus pergi ke kawasan A Famosa dan berjalan di sekitar kawasan tersebut........dan lokasi terakhir kami adalah menunaikan solat di masjid selat melaka...............selepas itu kami meneruskan perjalanan pulang ke shah alam.............

Sunday, November 9, 2008

Fc Barcelona 6 Valladolid 0




Awal pagi tadi sempat menyaksikan perlawanan la liga antara fc barcelona dengan Valladolid.....mmg best game dan mutu persembahan yang dipamerkan oleh pasukan barca....penyerang utama barcelona yang berasal dari cameroon telah menjadi wira dengan menyumbangkan 4 gol pama minit ke 12,30,42 dan 44.......manakala 2 gol lagi disumbangkan oleh gudjohnson 73 dan henry melengkapkan malam gemilang barca..........perlawanan yang pada awalnyer agak seimbang dan saling berhati hati bertukar sebaik eto'o meledakkan gol pertama......selepas itu perlawanan lebih banyak dikuasai oleh pasukan barcelona........pada babak kedua pasukan valladolid seperti tidak bermaya dan kesempatan itu digunakan oleh pemain barca untuk terus mengganas dan menambah gol........keputusan 6-0 kekal sehingga tamat permainan.....ini adalah kemenangan besar ke yang dicatatkan didalam liga..........sebelum ini barca telah mencatat kemenangan besar menentang pasukan sporting gijon 6-1,athletico madrid 6-1,almeria 5-0 dan malaga 4-1.....barca meminpin liga dengan 25 mata hasil dari 8 kemenangan 1 seri dan 1 kalah 2 mata mengatasi real madrid yang mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas malaga........






Wednesday, November 5, 2008

Fc Barcelona 1 Fc basel 1



baru jer habis menonton perlawanan champions league antara barcelona dengan basel.....tgk kat justin.tv jer....game yang agak bosan kerana barcelona hanya menyenaraikan beberapa pemain simpanan sahaja....jurulatih pep guardiola merehatkan messi,eto'o dan xavi dibangku simpanan.....xbanyak serangan yang dilakukan oleh kedua dua pasukan dan hanya beberapa percubaan yang hanya sesekali mencemaskan kubu pasukan masing2......tamat separuh masa pertama kekal 0-0.....bermula separuh masa ke 2 permainan yang hampir sama juga dipamerkan oleh kedua dua pasukan sehingga la kemasukan messi menambahkan kerancakan corak permainan kedua dua pasukan....dan hasilnyer pada minit ke 62 messi menyudahkan hasil hantaran antara beliau dengan henry untuk barcelona mendahului 1-0....selepas itu barcelona terus menggandakan asakan namun kekebalan benteng pasukan basel gagal mendatangkan hasil kepada pasukan barcelona.......disebalik keghairahan barcelona menyerang mereka dikejutkan dengan jaringan penyamaan oleh pasukan basel pada minit ke 81 hasil serangan balas dari sebelah kiri pintu gol barcelona dan bola silangan disudahkan oleh e.derdiyok.....dan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan barcelona kekal sebagai pendahulu dengan 10 mata hasil 3 kemenangan dan 1 seri........

Malaga 1 Fc Barcelona 4


pada pagi ahad yang lalu sempat menyaksikan perlawanan La liga antara Malaga bertemu dengan pasukan fav Fc Barcelona di laman web www.justin.tv......perlawanan yang cukup menghiburkan dan menarik dipamerkan oleh pasukan barcelona......seawal minti ke 6 sudah menyaksikan ngauman barca apabila xavi hernandez melakukan sepakan percuma yg cantik dan mudah menggegarkan gawang lawan..........mmg best game yang dipamerkan oleh pasukan barcelona....corak menyerang mereka pamerkan dalam perlawanan yang dikuasai oleh barcelona pada awalnyer......namun sedang asyik mereka menyerang mereka dikejutkan pula dgn gol penyamaan dari pemain malaga bernama duda pada minit ke 12..namun selepas itu barca tidak menoleh ke belakang lagi dengan mempamerkan mutu permainan yang baik dan berkualiti......selang 7 minit kemudian mereka menambah jaringan kedua menerusi jaringan hebat messi yang merembat kencang dalam kotak penalti di sebelah tepi pintu gol malaga menewaskan penjaga gol malaga....pada babak kedua barcelona terus mengusai permainan ditambah dengan kemasukan thery henry untuk menajamkan bisa pasukan.....pada minit ke 53 henry menanduk kemas hantaran dari samuel eto'o dan disudahkan oleh xavi untuk gol ketiga barcelona dan gol kedua peribadi untuk xavi hernandez dalam perlawanan tersebut.....barcelona terus menggandakan asakan dan hasilnyer pada minit ke 81 hasil sepakan percuma dari jarak 35 meter,pemain pertahanan dani alves telah melakukan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti ala roberto carlos dan membias terkena pemain pertahanan malaga iaitu wellington dan terus menerjah ke dalam gawang malaga untuk menewaskan penjaga gol arnau untuk memberi gol keempat kepada fc barcelona dan kedudukan 4-1 kekal sehingga ke wisel penamat. .....tiga kad kuning dilayangkan kepada pemain barcelona yang melakukan kekasaran iaitu dani alves pada minit ke 54,yaya toure minit ke 71 dan sergio Busquests pada minit ke 79.....tiga pertukaran juga dilakukan oleh barcelona dengan memasukkan henry menggantikan andres iniesta pada minit ke 50,victor sanchez menggantikan messi dan bojan krikic menggantikan samuel eto'o pada minit ke 85..dengan kemenangan ini barcelona melonjak ke tangga teratas liga dengan 21 mata memintas valencia yang tewas 2-4 kepada racing santander.

Kenali Nurul Firdaus




periang dan ceria sifat semulajadi yang ada pada gadis ini..Dilahirkan di hospital seremban pada 20 april 1983, beliau dikenali dengan nama Nurul Firdaus binti Khairi....berasal dari sebuah kampung di banting.dibesarkan dalam keluarga yang ceria dan happy go lucky..Zaman persekolahannya bermula disekolah rendah di sebuah taman perumahan di pekan banting dari darjah 1 sehingga ke darjah 6.Kemudian beliau meneruskan persekolahan di tahap atasan disebuah sekolah menengah di Telok Datok sehingga tingkatan 5..Meneruskan pengajian dalam Matrikulasi UIA di petaling jaya pada tahun 2001 sehingga 2003 dalam jurusan Sains Kemanusian...Pada tahun 2003 beliau meneruskan pengajian dalam dalam kos yang sama di UIAM Gombak pada tahun 2003 sehingga 2007..Alhamdulilah berkat usaha dan kesungguhan beliau akhirnye tanggal 27mei 2007 beliau berjaya menamatkan pengajiannya di UIAM .Pada tanggal 27 ogos tahun yang sama segulung ijazah dperolehi dalam jurusan Sains Kemanusian (Komunikasi)..Beliau kini bertugas di sebuah syarikat KARANGKRAF sebagai penulis........

Kenali Ahmad Faisyal





untuk mengenali aku senang jer......nama aku Ahmad Faisyal bin Buang.Aku dilahirkan di banting dan dibesarkan sebuah kampung dibanting........aku bersekolah di sebuah kampung bermula dari tadika sehinggalah ke darjah 6.....selepas itu aku bersekolah di sebuah sekolah menengah di Telok datok.....selepas menamatkan zaman persekolahan aku menyambung pelajaran ku die sebuah kolej di pekan banting sehingga pada tahun 2003...aku meneruskan pengajian dala ijazah sarjana muda IT di UNISEL pada tahun 2005.......hobi aku adalah bermain bola sepak,futsal,berjalan2 dan menghabiskan masa di rumah.......pasukan bola sepak yang aku minat dalam malaysia adalah pasuka SELANGOR dan pasukan kelab antarabangsa pula adalah FC BARCELONA..... i/allah kepada peminat pasukan selangor dan fc barcelona kalau nak berdiskusi dan beri pendapat pasal team boleh la bagi komen........player kegemaran ku dalam negara adalah muhammad shukor adan.memakai jersi no 25 dan beraksi bersama pasukan selangor.....tetapi untuk musin 2009 shukor telah digugurkan dan terpaksa mencari haluan baru.....

Salam Perkenalan


assalammualaikum.....setelah lama mencuba untuk masuk ke akaun asal akhirnyer berjaya juga dan sekarang bermula la segala kisah suka dan duka yang akan kami update kan didalam ni........semoga dgn adanya blog ni akan dapat berkongsi kisah suka duka kami dalam mengharungi kehidupan mendatang.......

Tuesday, November 4, 2008

baru boleh

setelah sekian lama terlupa password dan username,akhirnyer dapat juga kami log in masuk balik.......lega dan syukur kepada tuhan........dan dengan ini bolehla kami teruskan dgn blog yg lama ni....so yang baru mungkin kami akan pindah kan ke sini.....