LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Friday, November 6, 2009

Lelaki jatuh gaung di Lebuh raya Timur -Barat selamat

IPOH 6 Nov. — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa membuang air di kawasan hutan Lebuh Raya Timur-Barat dekat Gerik semalam dijumpai selepas tengah malam tadi.

N.Thalagaratnam, 48, dari Lahat di sini, tersesat di hutan berkenaan selepas terjatuh ke dalam gaung tepi lebuh raya berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah hari ini.

"Dia hanya mengalami luka di kaki dan mendapat bantuan seorang lelaki sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Thalagaratnam ketika dihubungi di rumahnya di sini berkata, beliau tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter semasa kejadian kira-kira 10.30 malam itu dan menjerit beberapa kali kepada rakannya yang berada dalam kereta.

"Sayas berusaha mendaki tebing tetapi ketika itu hujan dan kawasan itu sangat gelap. Saya terus berjalan mencari jalan keluar dan hanya berjaya selepas terdengar bunyi kenderaan,” katanya. - Bernama



KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2009 FAM/100 PLUS YANG DIUMUMKAN PADA HARI RABU ADALAH SEPERTI BERIKUT;

PEMAIN HARAPAN TERBAIK

  • Mohd Muslim Bin Ahmad (Harimau Muda)

PENJAGA GOL TERBAIK

  • Farizal Marlias (Perlis)

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK

  • Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

  • Mohd Amri Yahyah (Selangor)

PEMAIN PENYERANG TERBAIK

  • Indra Putra Mahayuddin (Kelantan)

KELAB BOLASEPAK TERBAIK

  • Pasukan Johor FC

JURULATIH TERBAIK

  • K.Devan dari (Selangor)

PERSATUAN BOLASEPAK TERBAIK

  • Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

PEMAIN PALING BERNILAI

  • Indra Putra Mahayyudin (Kelantan)

KELAB PENYOKONG TERBAIK

  • Kelab Penyokong Pasukan KL Plus

Banjir Di Kelantan:Lebih 300 DiPindahkan


KOTA BHARU: Kuala Krai dan Pasir Mas adalah dua kawasan jajahan yang mula dilanda banjir di Kelantan apabila lebih 300 mangsa dilaporkan mula dipindahkan sejak tengah hari ini berikutan limpahan air Sungai Kelantan dan Sungai Golok.
Ketua Pegawai Bilik Operasi Gerakan Banjir Negeri, Mohd Anis Hussein, berkata di Pasir Mas sejumlah 190 mangsa banjir telah berpindah manakala di Kuala Krai membabitkan 130 orang.
"Bacaan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu di Jenob 24.52 meter (bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang 9.94 meter (bahaya 9 meter)," katanya kepada Bernama

Mohd Anis berkata, bacaan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Kelantan juga dilaporkan mula menghampiri paras bahaya berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini. Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dan jalan utama yang terputus akibat banjir dilaporkan. "Mangsa banjir telah dipindah ke sekolah-sekolah, pejabat dan surau yang dijadikan pusat pemindahan sementara dan kemungkinan ada juga yang berpindah ke rumah saudara-mara," katanya. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sekali sekala hujan lebat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata seramai 540 pegawai dan anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi membantu mangsa banjir pada musim tengkujuh tahun ini.
Katanya, pihaknya akan membekukan cuti semua kakitangannya bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir bertambah serius

FINAL PIALA MALAYSIA 2009 : Tiket Habis Dijual

KECEWA: Sebahagian penyokong pasukan bola sepak Kelantan menunjukkan risalah 'Semua Tiket Untuk Perlawanan Final Piala Malaysia Habis Di Jual' di hadapan kaunter penjualan tiket di Bukit Jalil, hari ini.