LInk
Sunday, June 28, 2009
Title Of Clash:Selangor,Perlis Sekadar Seri
Perebutan Pendahulu liga super antara Selangor Dan Perlis yang dijangka menarik dan sengit menjadi sebaliknya apabila kedua dua pasukan sekadar mencatat keputusan seri 0-0 di dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Kangar malam tadi.
Perlawanan yang lebih berat sebelah dikuasai oleh pasukan tuan rumah telah melakukan beberapa asakan yang mencemaskan pertahanan Selangor,namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan dan penjaga gawang selangor selain dibantu ketumpulan barisan penyudah Perlis menyempurnakan peluang dan kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua permainan terus dikuasai oleh pasukan Perlis dengan serangan berbahaya ke kubu Selangor,namau sekali lagi ketumpulan barisan serangan menecewakan peminat Perlis yang berada distadium...Selangor hanya sesekali mengancam kubu Perlis minit ke 52 apabila Safee gagal menyempurnakan peluang terhidang didepan pintu gol.
Kedudukan seri Kekal Hingga wisel penamat.
Wednesday, June 24, 2009
Selangor Kembali Ke Puncak Liga
Selangor kembali merampas tangga teratas liga super selepas membenam cabaran johorfc 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium shah alam malam tadi.
Beraksi dihadapan penyokong sendiri,Selangor melancarkan gerakan berbahaya seawal permainan bermula dengan melakukan beberapa asakan ke kubu johorfc.Selangor tidak menunggu lama untuk dihadapan apabila sepakan R Surendran terkena pertahanan johorfc dan menewaskan penjaga gol Mohd Anis Faron minit ke 12 untuk memberi kelebihan awal kepada pasukan selangor.
Selepas jaringan itu pasukan Selangor dan Johorfc sering berbalas serangan ke kubu lawan masing2.Minit ke 42 selangor dikejutkan dengan keputusan kontrovesi pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johorfc setelah Nasriq Baharom menjatuhkan pemain Johorfc.Eddy Helmi Manan menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak ke dua Selangor terus melancarkan serangan untuk mendapatkan jaringan pendahuluan.Selangor kembali dihadapan pada minit ke 48 apabila pemain pertahanan Mohd Nasriq Baharom merembat masuk gol kedua Selangor untuk kembali dihadapan.Selangor terus selesa apabila penyerang R Surendran menambah 2 lagi gol pada minit 68 & 70 untuk menjadikan kedudukan selesa 4-1.
Kedudukan 4-1 kekal sehingga permainan tamat dan selangor kembali ke tangga liga.Selangor akan berkunjung ke Kangar sabtu ini dalam perlawanan Title Clash penentu kejayaan Selangor dalam liga super musim ini.
Monday, June 22, 2009
Rahsia Wanita by Cahaya Syurga
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 27. Senjata wanita adalah airmata!! 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s - Renung2kan...selamat beramal... ;-) Gambar sekadar hiasan... hehe..
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)