LInk
Sunday, August 22, 2010
Fc Barcelona Juara Super Cup Sepanyol!
Jaringan hatrik penyerang Argentina Lionel Messi memastikan Gergasi Sepanyol Fc Barcelona mengekalkan Piala Super Cup selepas menewaskan Seville dengan agregat 5-3. Selepas tewas 1-3 dalam perlawanan pusingan pertama di gelanggang lawan,Guardiola kembali menyenaraikan kesebelasan utama untuk cuba mempertahankan piala yang di menangi mereka musim lalu.
Fc barcelona membuka jaringan seawal minit ke 13 apbila larian pantas Pedro yang berjaya menewaskan pertahanan pelawat dan membuat hantaran ke depan gawang dan tertampan pemain pertahanan pelawat Konko untuk memastikan Barca bermula garang mendahului 1-0.Barca terus garang dengan beberapa percubaan berbahaya dan menghasilkan gol ke 2 minit ke 25 apabila Messi melakukan larian deras untuk menyudahkan hantaran dari tengah yang dilakukan oleh Xavi untuk kedudukan 2-0 dan mengikat Agregat kepada 3-3.
Barcelona menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 3-0 apabila hantaran Dani Alves sekali lagi disudahkan oleh Messi pada minit ke 43 untuk mereka selesa pada babak pertama.
Babak kedua permainan Barca bertambah menarik dengan beberapa serangan yang dilakukan dan mendapat beberapa peluang untuk menggandakan jaringan.Minit ke 90 Villa melakukan hantaran cantik kepada Iniesta yang melakukan larian deras sebelum memperdayakan penjaga gol pelawat dan disudahkan oleh Messi untuk jaringan hatrik dan gol ke 4 pasukan barca.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan Barca mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lepas.
Saturday, August 21, 2010
Thursday, August 12, 2010
Bazaar Ramadhan oh Bazaar Ramadhan!!!
Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua... Hari ke -2 puasa macam mne? ok ke ko? Miss NF nak cerita sikit time jalan2 di Bazaar Ramadhan hari pertama...wah walaupun sambutan kurang tapi masih ada juga pembeli yang menjayakan Bazar Ramdhan pada hari pertama. Pendek kata, semua jenis juadah dijual..so jomla jalan2 and pilih je ape yg diinginkan...hehe...
Ape pun Miss NF nak share la bila dapat cover satu program kat Bazar Ramadhan pada hari pertama tu... Sebenarnya orang selalu salah tafsir bila ada Bazar Ramadhan je org akan xingat dunia untuk membeli.. atau nafsu makan mereka semakin tinggi...
Tapi, bagi Miss NF tanggapan tu kadang kala salah juga.. sebabnya... bila kita lihat.. time Ramadhan ni la kita nampak ibu bersama anak pergi beli kuihh... peranan seorang bapa yang sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja masih ingat anak isteri di rumah untuk membeli juadah berbuka puasa.... dan paling best tuh.. msyarakat Cina dan India turut tidak ketinggalan membeli juadah yang dijual sekaligus membantu kaum Melayu meningkatkan pendapatan...
So Bazaar Ramadhan ni sebenarnya satu pusat tumpuan yang menyatupadukan sesebuah keluarga sekaligus menanam sikap ingat mengingati antara satu sama lain.
Jadi, kan lebih baik jangan anggap ada bazar Ramadhan je... manusia ni suka membeli juadah yang terover semata - mata je... Kadang kala juadah yang dibeli tuh sebenarnya sebagai hadiah buat si suami kepada keluarga untuk bersama - sama berkongsi makanan di bulan Ramadhan.... Budaya bersedekah lebih afdal di bulan Ramadhan...
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Berpuasa
Friday, August 6, 2010
1st time karaoke with Mr. F
Salam, just share gambar2 berkaraoke with Mr. F di Green Box, Bukit Tinggi sempena his bday actually.. advnce.. xsangka suara die boleh tahan la.. but lagu2 lama... yang selalu dimainkan di Radio Sinar.. we luv radio sinar now... ( hehe.. tlg promote). Actually time nie plan nak watch muvie je... but my little 2 brothers ask for karaoke then we decided to karaoke smpai serakk suara..
Cume... berebut lagu dengan budak2nya.. we all terpaksa mengalah la.. hahaha.. see yaaa... and HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED FIANCE, AHMAD FAISYAL on 7 August... also to my luvly sista Nurul Akmar which bday in d' same date wit my fiance... but dat time she's going to Bandung.. hehe...
Thursday, August 5, 2010
Bersama anak yatim dan asnaf Kanchong Darat...
Kali ni nak share sikit tentang tradisi masyarakt kita menjelang Ramadhan dan sempena bulan Ramadhan. kebanyakkan kita semua bila nak puasa or raya baru teringat anak - anak yatim ni.. ermm bagi Miss NF kalau boleh anak yatim ni kene dipantau setiap masa supaya mereka dekat dengan masyarakat.
Miss NF berkesempatan beramah mesra dengan anak - anak yatim Kanchong Darat dalam beberapa program baru - baru ni... ternyata mereka nie masih memerlukan sokongan orang ramai, sekaligus harapan mereka untuk mendapat perhatian yang terbaik dalam masyarakat.
Walaubagaimanapun, Miss NF sempat bersembang dengan anak - anak berkenaan dan ada yang meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan masyarakat.
Miss NF juga sedih apabila salah seorang anak yatim tersebut berkata, "Kakak, kan best kalau saya dah besar boleh bantu anak - anak yatim seperti kami ni" Perghh... bergenang air mata Miss NF sebenarnya... Miss NF sempat jawab "insyallah boleh dik.. semua boleh membantu cuma nak tak nak je" Tapi alhamdullilah.. sokongan pimpinan masyarakat dan pelbagai pihak turut turun padang menghulurkan sumbangan sekaligus memebri peluang untuk Rumah Anak Yatim tersebut mendapat perhatian masyarakat kerana tempat tinggal mereka itu masih baru...
Nie sempat Miss NF bergambar bersama anak - anak yatim.. hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)