LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Tuesday, July 28, 2009

Terima Kasih Samuel Eto'o










Penjaring ketiga terbanyak Fc barcelona Samuel Eto'o telah melengkapkan perpindahan ke Inter Milan dengan perjanjian antara kedua dua kelab.Memang di akui Eto'o adalah penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Barca kerana komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau setiap kali turun beraksi.Beliau adalah pemain yang sentiasa mahu memberi aksi yang menghiburkan kepada peminat Fc barca.Namun setelah 5 tahun bersama kelab Catalan ini beliau terpaksa akur bahawa beliau tidak akan kekal lama disini.Banyak kenangan manis bersama Barca dan beliau boleh dikatakan telah memenangi semua kejuaraan La Liga bersama Fc barcelona disamping 2 kali menmbantu Fc Barcelona menjulang Liga Juara Juara Eropah.Beliau juga telah beraksi bersama barisan bintang ketika bersama Fc Barca antaranya Ronaldinho,Deco dan lain2 lagi.Sepanjang bersama Fc Barcelona beliau juga telah banyak membantu Barca menjaringkan gol2 penting yang telah membawa kejayaan besar kepada Barca dan antaranya ketika Final Liga Juara Juara Eropah ketika menewaskan Manchester United 2-0 di Rome .Dalam tempoh 5 tahun bersama Barca beliau utelah menikmati saat manis bersama Barca dengan menjulang La Liga dan Liga Juara Juara Eropah sebanyak 2 kali Copa Del Rey sekali dan Super Cup 2 kali..
Kami mengucapkan terima kasih dan semoga berjaya bersama Inter Milan.

Zlatan Ibrahimovic Bintang Baru Barca!



Penyerang Sweden Zlatan Ibrahimovic sah menjadi pemain Fc Barcelona setelah diperkenalkan secara rasmi dihadapan 60,000 penyokong mereka di stadium Camp Nou.Pemain yang sebelum ini beraksi dengan kelab Itali Inter Milan telah melengkapkan pemeriksaan kesihatan dan lulus untuk menyarung jersi Barca.Dengan kehadiran Ibrahimovic diharap kan Barca akan bertambah mantap dan dapat mempertahankan kejuaaraan yang mereka menangi musim lepas.Ibrahimovic akan menyarung jersi no 9 yang ditinggalkan penyerang Cameroon Samuel E'to yang berhijrah ke Inter Milan mengikut perjanjian antara kedua dua kelab terbabit.Ibrahimovic adalah pembelian ke 3 Barca selepas mereka menandatangani Maxwell dan Kerrison sebelum ini.

Kami ucapkan semoga berjaya kepada Ibrahimovic dan selamat maju jaya bersama Fc Barcelona..

Barca! Barca!Barca!

Wembley Cup: Al Ahly 1 Fc Barcelona 4



Fc Barcelona mencatat kemenangan bergaya 4-1 dalam perlawanan ke 2 piala Wembley.Kemenangan yang memberi suntikan semangat kepada kelab catalan untuk mengharungi cabaran musim baru yang yang akan bermula tidak lama lagi.Bersandarkan barisan pemain muda dan pemain senior.Ternyata strategi jurulatih Pep Guardiola meletakkan gandingan yang dilihat bertenaga berjaya mengkucar kacirkan barisan pemain pertahanan Al Ahly.Pada babak pertama Guardiola menyenaraikan barisan pemain muda dengan membariskan Jorquera,Mantoya,Muniesa,Abidal, Victor Sanchez, Rueda, Keita, Rochina, Bojan dan Gai Assulin.Barcelona membuka jaringan pada minit ke 16 apabila Bojan bijak memperdaya pertahanan Al Ahly sebelum merembat menewaskan penjaga gol Al Ahly untuk gol pertama Barca.Begitupun pada minit ke 31 Al Ahly menyamakan kedudukan H.Elagizy menyudahkan lorongan rakan sepasukan dan mudah menewaskan Jorquera untuk kedudukan terikat 1-1.Namun pada minit ke 41 Barca kembali di depan hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti pemain muda Jose Manuel Rueda melepasi jangkauan penjaga gol Al Ahly.Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua Guardiola menggunakan Valdes,Caceres,Dalmau,Fontes,Espasandin,Toure,Messi,Dos Santos,Pedro,Gudjohnson,Jeffren.Mereka tidak menunggu lama untuk menambah gol ke 3 apabila Jeffren menyudahkan hantaran silan Pedro pada minit ke56 untuk 3-1.Pada minit 67 Barca melengkapkan jaringan ke 4 apabila Pedro menyudahkan hantaran Gudjohnson untuk kedudukan 4-1.Perlawanan Berakhir dengan 4-1 sehingga ke wisel penamat.

Dalam 1 lagi perlawanan Celtic menewaskan Totenham Hotspur 2-0.

Monday, July 27, 2009

AFNF @ Stadium Shah Alam




















Malam minggu lepas kami berkesempatan menonton aksi terakhir Liga Super 2009 Antara Selangor bertemu Pahang.Plan asal kitorang sebenarnyer nak gi berjalan jalan kat Stadium Malawati sempena jualan gudang penghabisan stok,So kitorang terus buat keputusan nak gi tengok bola dek kerana malam tu adalah malam penutup liga dan sekali penyampaian trofi Liga Super Kepada pasukan Selangor.Mulenyer kami jangka penonton xramai kerana dah confirm ada live kat RTM.Namun lama kelamaan menjadi ramai dan suasana menjadi meriah dengan lautan merah kuning yang berada di stadium.Tengah asyik menanti perlawanan mula,kebetulan berjumpa la dengan pasangan suami isteri rakan forumer Selangorfc.com iaitu saudara eddy dan isterinyer teha.So kitorang lepak la bersama menyaksikan perlawanan malam tu dengan terhibur dan gembira,iyela keputusan malam tu dah xkesah sangat kerana Selangor mmg confirm julang Piala Liga Super dah.Miss Nf bukan men happy lagi bile pemain idola Amri Yahya menjaringlan gol malam tuh..Saudara Af Xla happy sangat kerana pemain idola die dah xde kat selangor,Shukor Adan dah ke N9......Bile time pemain merayakan kejayaan bukan main lagi Miss NF tanpa segan silu mengeluarkan kamera nya untuk Snap beberapa gambar dan detik2 pemain selangor merayakan kejayaan menjuarai Liga......Kami Mengucapkan Tahniah kepada pasukan Selangor yang menjuarai Liga Super 2009....

Selangor Juara Liga Super 2009

Pemain Selangor meraikan kejayaan menjuarai Liga Super


Selangor menamatkan penantian hampir 5 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Super selepas berjaya menjinakkan Pahang 5-1 pada malam sabtu lalu.Beraksi di hadapan 35,000 penyokong sendiri anak buah K Devan bermula dengan cemerlang dengan beberapa asakan ke kubu pasukan pelawat,namun berjaya dipatahkan oleh kekebalan barisan pertahanan pasukan pahang.Namun ketika sedang asyik melakukan serangan ke kubu pahang pasukan Selangor dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat hasil tandukan penyerang Badrul Hisani yang menewaskan penjaga kedua selangor Nasril Nourdin.Begitupun Selangor tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 17 apabila penyerang R Surendran dijatuhkan didalam kotak penalti oleh penjaga gol Pahang.Safee Sali mudah menyudahkan untuk mengikat kedudukan 1-1.Pada minit ke 43 Amri Yahya bijak memperdaya penjaga gol Pahang yang gagal melakukan perangkap offsaid dengan melambungkan bola ke dalam gawang untuk kedudukan 2-1 kepada pasukan selangor sehingga tamat babak pertama.
Babak kedua Selangor terus mengasak ke kubu Pahang dan hasilnya pada minit ke 59 Safee Sali mudah menolak masuk bola ke dalam gawang Pahang selepas mendapat hantaran dari D Surendran untuk menjadikan kedudukan 3-1.Selangor terus mengganas selepas itu apabila Amri Yahya sekali lagi meledak dengan jaringan cantik unutk menjadikan kedudukan 4-1 sebelum R Surendran melengkapkan malam gemilang selangor minit ke 69.Selangor seharusnya menambah gol ke 6 apabila Safee dijatuhkan didalam kotak penalti,namun penjaga gol Nasril Nordin gagal memanfaatkan sepakan tersebut.
Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dan Selangor sah dinobatkan Juara Liga Super 2008/2009.Hadiah disampaikan oleh menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.