LInk
Friday, November 6, 2009
Wednesday, September 23, 2009
La Liga : Racing Santander 1 Fc Barcelona 4






Fc Barcelona terus mencatat kemenangan dalam saingan La Liga Sepanyol yang baru sahaja berakhir dengan menjadikan Racing Santander sebagai mangsa terbaru.Beraksi di gelanggang lawan,Barca langsung tidak menunjukkan kegugupan atau tertekan dengan mendominasi permainan sejak dari awal permainan untuk mencari gol awal.Minit ke 10 rembatan Keita sedikit melambung sambil beberapa percubaan dan pada minit ke 21 hasil hantaran silang oleh Lionel Messi mudah ditanduk masuk oleh Ibrahimovic.Ini adalah jaringan ke 4 peribadi dalam empat penampilan La Liga bersama Barcelona.Barca tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila hantaran satu dua yang dilakukan oleh Messi dan Xavi menyaksikan Messi merembat masuk melepasi penjaga gawang tuan rumah Tono untuk meletakkan Barca 0-2 selesa mendahului.Barca terus menambah derita pasukan uan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi keadaan kelam kabut didalam kotak penalti dan Gerard Pique mudah menampan masuk melepasi Tono untuk kedudukan 0-3 memihak kepada Barcelona sehingga tamat babak pertama. Bersambung babak kedua permainan baru lah menampakkan beberapa percubaan dan asakan oleh pasukan tuan rumah yang membahayakan gawang Barca.Ketika Barca mendapat beberapa peluang untuk menambah jaringan namun gagal disudahkan oleh gandingan Messi,Ibrahimovic dan Henry.Pada minit ke 53 Ibrahimovic terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan buku lali untuk digantikan oleh Pedro.Minit ke 63 Messi melengkapkan jaringan ke 4 dan juga kedua peribadi untuknya dalam perlawanan ini untuk kedudukan 0-4 memihak kepada pasukan Barca.Selepas jaringan tersebut Messi digantikan dengan Iniesta untuk memberi tekanan dan menambha jaringan.Namun ketika leka menyerang,mereka dikejutkan dengan jaringan cantik Sorreno yang mermbat melepasi jangkauan Valdes untuk kedudukan 1-4 kepada pasukan tuan rumah.Selepas jaringan tersebut barulah menampakkan kebangkitan dan serangan berbahaya yang dilancarkan pasukan tuan rumah ke gawang Barca namun gagal menemui sasaran dan kedudukan 1-4 kekal sehingga tamat permainan untuk kemenangan ke 4 berturut turut untuk Barca.
Monday, September 21, 2009
A Day Fainrl Berbuka Puasa + Shoping @ 8 September 2009
Miss NF @ Raya
Zhariff malu... Miss NF takut!
Miss NF + Mira n Kak Anie
Miss NF in front of Gazebo
Miss NF with bro cuzie...
Salam.. hye semua... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin... mcm mne raya tahun nie? seronok x? ermm Miss NF mcm biasala...ala kadar je..xsewonok mcm masa kecik2 dulu... al maklumlah... boleh lari sana sini..dah bsr nie keje nye asyik berposing je la.. hehe...xde keje len... n Miss NF pun bercuti hari raya pertama je.. hr ry kedua dah start kene type story balik... tapi okla..nasib ade cover mangsa2 bnjir beraya di Pusat Penempatan Banjir di SK Tanjung Sepat, Banting... As usully la..pagi raya, bangun pg then siapkan diri ape yg ptut.. n ready to minta ampun n maaf dgn ibu bapa n sanak saudara yg len.. sedih gakla..tp biasa la hari raya is a must kan... Theme keluarga Miss NF kali ni coklat.. hehe okla... ape2 pun Miss NF nak minta maaf to all yang kenal Miss NF n yg baca blog kami ni.. To Mr AF, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Batin juga... 0 - 0 ekk... tapi kalau Barca lawan MU 0 - 1 xpe... hehehe jangan mara... okala.. let c some picture of Miss NF di Hari Raya.... Take Care all!
Sunday, September 20, 2009
La Liga : Fc Barcelona 5 Atletico Madrid 2





Fc barcelona meneruskan rentak kemenangan dalam saingan La Liga apabila menewaskan Atletico Madrid 5-2 dalam perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi.Perlawanan yang ke 2 di gelanggang sendiri selepas menewaskan Sporting Gijon pada perlawanan pembukaan liga.
Bermula dengan cemerlang apabila Ibrahimovic menyudahkan gol pertama seawal minit ke 2 lagi.Selepas itu perlawanan mudah dikuasai oleh Barca dengan beberapa serangan yang merbahaya ke kubu pelawat.Barca terus menyerang kubu Atletico madrid dan hasil nya penyerang Lionel Messi pada minit ke 16.Dani Alves kemudiannya meletakkan Barca selesa 3-0 pada minit ke30 menerusi sepakan percuma yang menarik.Pada minit ke 42 Keita meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila mudah menolak masuk hantaran silang Messi.Selepas itu Barca mula memperlahankan rentak permainaan dan membolehkan pasukan pelawat menyerang ke kubu Barca.Pada minit ke 45 kesilapan Sergio Busquest menanduk ke belakang mudah dirampas oleh Sergio Aguero dan mudah menguis masuk ke gawang Barca untuk kedudukan 1-4.
Babak ke 2 permainan berubah sama sekali,apabila pasukan pelawat yang dilihat mendominasi perlawanan dengan beberapa asakan ke kubu Barca oleh rangkaian serangan pasukan pelawat yang diketuai oleh Forlan dan Aguero.Akhirnya gawang Barca bolos sekali lagi apabila kesilapan barisan tengah mengawal hantaran Valdes membawa padah apabila bola kembali ke Forlan dan beliau mudah merembat masuk ke gawang Barca untuk kedudukan 2-4 kepada pasukan pelawat.Ketika perlawanan menuju ke penghujung hantaran Alves mudah disudahkan oleh Messi untuk kedudukan muktamad dan kekal 5-2.
Dengan kemenangan ini Barcelona mengekalkan rekod bersih 3 perlawanan tanpa kalah dengan mengumpul 10 jaringan dan hanya dibolosi 2 jaringan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
