LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Wednesday, December 9, 2009

Skuad Liga Super Selangor 2010






Pengurus/Ketua Jurulatih:K Devan
Penolong Jurulatih/Koordinator: Mohd Rosedy Mohd Nadzir
Penolong Jurulatih: P Maniam
Jurulatih Penjaga Gol: Azmin Azram Abd Aziz
Jurulatih Kecergasan:M Dharmendra
Fisioterapis: Zainuddin Zakaria
Masseur/Kitman: Othman Saad
Kitman:Rahim Mohamad


Barisan Pemain:

1. Fairul Azwan Shahrullai (1)
2. Mohd Razman Roslan (3)
3. Asraruddin Putra Omar (4)
4. Khairul Anuar Baharom (5)
5. Nasriq Bahrom (6)
6. Farderin Kadir (7)
7. Safiq Rahim (8)
8. Rudie Ramli (9)
9. Safee Sali (10)
10. Zaiza Zainal Abidin (11)
11. Bunyamin Omar (12)
12. Hardi Jaafar (14)
13. P Gunalan (15)
14. Azrine Efendy Sadudin (16)
15. Mohd Amri Yahya (17)
16. Liew Kit Kong (18)
17. D Surendran (19)
18. Amirul Hadi Zainal (20)
19. Hamsani ahmad (21)
20. Iqbal Suhaimi (22)
21. R Surendran (23)
22. Fitri Shazwan Raduwan (24)
23. Fazilidin Khalid(25)

Monday, December 7, 2009

La Liga : Deportivo 1 Fc Barcelona 2




















Fc Barcelona meneruskan penguasaan teratas liga apabila menewaskan Deportivo 1-3. diRiazor stadium.Barca yang masih segar dengan kejayaan El Classico menewaskan Real Madrid bermula dengan baik apabila melancarkan serangan berbahaya ke kubu tuan rumah untuk mencari jaringan awal.Deportivo juga tidak mahu mengalah dengan melakukan serangan balas untuk mengkucar-kacirkan gawang barca.minit ke 20 messi melakukan gerakan menarik dengan mengelecek pertahanan deportivo dan melepaskan rembatan yang berjaya di selamatkan oleh penjaga gawang deportivo.Minit ke 24 hantaran silang Messi juga gagal disudahkan Henry yang hanya sipi di sebelah kanan gawang tuan rumah.Barca akhirnya mendapat jaringan pertama minit 27 setelah Messi merembat masuk ke penjuru kiri gawang tuan rumah untuk kedudukan 0-1.Namun minit ke 39 kesilapan Sergio Busquet menanduk ke belakang membawa padah apabila menanduk masuk menewaskan Valdes untuk terikat 1-1.
Bersambung babak kadua barca terus mengasak kubu tuan rumah untuk menambah jaringan,namun pasukan tuan rumah juga sering melawan dengan melakukan serangan balas.Akhirnya barca berjaya mendahului apabila hantaran silang Pedro ditanduk masuk oleh Messi pada minit 79 untuk keduduka 1-2.Selepas itu perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh barca.Barca melangkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga minit 87 apabila hantaran silang Abidal disudahkan dengan rembatan kencang Ibrahimovic dan perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Fc Barcelona.

Sunday, November 8, 2009

N Sembilan Juara Piala Malaysia 2009



N Sembilan mengakhiri penantian selama 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia apabila membenam cabaran Kelantan 3-0 malam tadi.Beraksi dihadapan 85,000 penonton perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan tidak mematahkan semangat
kedua dua pasukan untuk memberi persembahan terbaik untuk disajikan kepada para penyokong masing-masing.
Pasukan Kelantan yang menjadi pilihan dilihat gagal mempamerkan persembahan terbaik mereka dan dilihat seperti tercari-cari rentak serangan untuk mengasak kubu N Sembilan,Namun sebaliknya yang berlaku apabila N Sembilan yang dilihat cepat menyesuaikan diri dalam melakukan gerakan berbahaya ke arah kubu Kelantan.
Skuad bimbingan Wan Jamak tidak menunggu lama untuk didepan apabila kesilapan pemain pertahanan kelantan dihukum dengan rembatan kencang oleh pemain muda Shahurain Abu Samah pada minit ke 18 menewaskan Halim Napi untuk kedudukan 1-0.Selepas itu Kelantan dilihat seperti hilang tumpuan dan perlawanan dikuasai mudah skuad rusa,namun beberapa peluang gagal disudahkan oleh jentera depan N Sembilan.Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Seawal Babak kedua Kelantan dikejutkan dengan gol kedua N Sembilan apabila Hairuddin Omar melepasi perangkap offsaid dan menanduk masuk untuk kedudukan 2-0 kepada pasukan negeri sembilan.selepas itu kelihatan penyokong kelantan sudah mula hilang kawalan dengan membaling mercun dan objek.Keadaan bertambah tidak terkawal selepas Zaquan Adha menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke58 apabila penonton mula membakar kerusi stadium dan melontar objek.namun perlawanan didalam padang terkawal dan mula dikuasai pasukan kelantan.Akhirnya pada masa kecederaan Indra Putra berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk keputusan kekal 3-1 kepada N Sembilan.

Friday, November 6, 2009

Lelaki jatuh gaung di Lebuh raya Timur -Barat selamat

IPOH 6 Nov. — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa membuang air di kawasan hutan Lebuh Raya Timur-Barat dekat Gerik semalam dijumpai selepas tengah malam tadi.

N.Thalagaratnam, 48, dari Lahat di sini, tersesat di hutan berkenaan selepas terjatuh ke dalam gaung tepi lebuh raya berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah hari ini.

"Dia hanya mengalami luka di kaki dan mendapat bantuan seorang lelaki sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Thalagaratnam ketika dihubungi di rumahnya di sini berkata, beliau tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter semasa kejadian kira-kira 10.30 malam itu dan menjerit beberapa kali kepada rakannya yang berada dalam kereta.

"Sayas berusaha mendaki tebing tetapi ketika itu hujan dan kawasan itu sangat gelap. Saya terus berjalan mencari jalan keluar dan hanya berjaya selepas terdengar bunyi kenderaan,” katanya. - Bernama



KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2009 FAM/100 PLUS YANG DIUMUMKAN PADA HARI RABU ADALAH SEPERTI BERIKUT;

PEMAIN HARAPAN TERBAIK

  • Mohd Muslim Bin Ahmad (Harimau Muda)

PENJAGA GOL TERBAIK

  • Farizal Marlias (Perlis)

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK

  • Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

  • Mohd Amri Yahyah (Selangor)

PEMAIN PENYERANG TERBAIK

  • Indra Putra Mahayuddin (Kelantan)

KELAB BOLASEPAK TERBAIK

  • Pasukan Johor FC

JURULATIH TERBAIK

  • K.Devan dari (Selangor)

PERSATUAN BOLASEPAK TERBAIK

  • Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

PEMAIN PALING BERNILAI

  • Indra Putra Mahayyudin (Kelantan)

KELAB PENYOKONG TERBAIK

  • Kelab Penyokong Pasukan KL Plus