LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Friday, December 11, 2009

Champions League : Barca Sahkan Tempat Ke Pusingan Kalah Mati



















































Fc Barcelona mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas membenam cabaran Dynamo Kiev 1-2 di Kiev semalam.Beraksi dihadapan penyokong pelawat sedikit gugup dan dikejutkan seawal minit ke2 apabila kesilapan Valdes yang gagal menangkap kemas sepakan percuma pemain tuan rumah menyaksikan bola tangkapannya muntah dan menerjah gawang barca.Selepas mendahului pasukan tuan rumah bermain secara bertahan disamping kerap melakukan serangan balas yang berbahaya ke kubu barca.Barca mula menguasai permainan dan mengawal kawalan bola dan bertungkus lumus cuba masuk ke kawasan kotak penalti tuan rumah.Usaha barca berbaloi apabila hantaran silang Abidal dikuis masuk Xavi untuk mengikat keduduka 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Babak kedua barca terus mendominasi permainan dengan kawalan bola yang baik disamping hantaran dekat yang sesekali mengelirukan pemain tuan rumah.Tuan rumah sesekali melakukan serangan balas yang hampir menewaskan Valdes.Sehingga minit ke 86 sepakan percuma Messi menewaskan penjaga gawang tuan rumah dan memberi kelebihan kepada barca 1-2 sehingga tamat perlawanan.

Keputusan Liga Juara - Juara Eropah




Kumpulan E

Liverpool 1(Benayoun 43)
Fiorentina 2 (Jorgensen 63,Gilardino 90)

Lyon 4 (Gomis 25,Bastos 45,Pjanic 59,Cissokho 76)
Debrecan 0

Kumpulan F

Dynamo Kiev 1 (Milevsky 2)
Fc Barcelona 2 ( Xavi 33,Messi 86)

Inter Milan 2 (Eto 31,Balotelli 64)
Rubin Kazan 0

Kumpulan G

Seville 1 (Kanoute pen 8)
Rangers 0

Stuttgart 3 (Marica 5,Trasch 8,Pogrebnyak 11)
Unirea Urziceni 1 (Semedo 46)

Kumpulan H

Olympiakos 1 (Leonardo 47)
Arsenal 0

Standard Liege 1 (Bolat 90)
Az Alkmaar 1 (Lens 42)

Wednesday, December 9, 2009

Keputusan Liga Juara - Juara Eropah



Kumpulan A

Juventus 1(Trezeguet 19)
Bayern Munich 4 (H.Butt pen 30,olic 52,Gomez 83,Tymoschuk 90)

Maccabi Haifa 0
Bordeaux 1(Jussie 13)

Kumpulan B

Besiktas 1(Bobo 86)
Cska Moscow 2 (Krasic 41,Aldonin 90)

Wolfsburg 1(Dzeko 56)
Manchester United 3 (Owen 44,83,90)

Kumpulan C

Marseille 1 (Gonzalez 11)
Real Madrid 3 (Ronaldo 5 & 80,Albiol 60)

Fc zurich 1 (Gajic 29)
Ac Milan 1 (Ronaldinho Pen 65)

Kumpulan D

Atletico Madrid 0
Porto 3 (Alves 2,Falcao 14,Hulk 76)

Chelsea 2 (Essien 19,Drogba 26)
APOEL Nicosia 2 (Zewlakow 6,Mirosavljevic 87)

Skuad Liga Super Selangor 2010






Pengurus/Ketua Jurulatih:K Devan
Penolong Jurulatih/Koordinator: Mohd Rosedy Mohd Nadzir
Penolong Jurulatih: P Maniam
Jurulatih Penjaga Gol: Azmin Azram Abd Aziz
Jurulatih Kecergasan:M Dharmendra
Fisioterapis: Zainuddin Zakaria
Masseur/Kitman: Othman Saad
Kitman:Rahim Mohamad


Barisan Pemain:

1. Fairul Azwan Shahrullai (1)
2. Mohd Razman Roslan (3)
3. Asraruddin Putra Omar (4)
4. Khairul Anuar Baharom (5)
5. Nasriq Bahrom (6)
6. Farderin Kadir (7)
7. Safiq Rahim (8)
8. Rudie Ramli (9)
9. Safee Sali (10)
10. Zaiza Zainal Abidin (11)
11. Bunyamin Omar (12)
12. Hardi Jaafar (14)
13. P Gunalan (15)
14. Azrine Efendy Sadudin (16)
15. Mohd Amri Yahya (17)
16. Liew Kit Kong (18)
17. D Surendran (19)
18. Amirul Hadi Zainal (20)
19. Hamsani ahmad (21)
20. Iqbal Suhaimi (22)
21. R Surendran (23)
22. Fitri Shazwan Raduwan (24)
23. Fazilidin Khalid(25)

Monday, December 7, 2009

La Liga : Deportivo 1 Fc Barcelona 2




















Fc Barcelona meneruskan penguasaan teratas liga apabila menewaskan Deportivo 1-3. diRiazor stadium.Barca yang masih segar dengan kejayaan El Classico menewaskan Real Madrid bermula dengan baik apabila melancarkan serangan berbahaya ke kubu tuan rumah untuk mencari jaringan awal.Deportivo juga tidak mahu mengalah dengan melakukan serangan balas untuk mengkucar-kacirkan gawang barca.minit ke 20 messi melakukan gerakan menarik dengan mengelecek pertahanan deportivo dan melepaskan rembatan yang berjaya di selamatkan oleh penjaga gawang deportivo.Minit ke 24 hantaran silang Messi juga gagal disudahkan Henry yang hanya sipi di sebelah kanan gawang tuan rumah.Barca akhirnya mendapat jaringan pertama minit 27 setelah Messi merembat masuk ke penjuru kiri gawang tuan rumah untuk kedudukan 0-1.Namun minit ke 39 kesilapan Sergio Busquet menanduk ke belakang membawa padah apabila menanduk masuk menewaskan Valdes untuk terikat 1-1.
Bersambung babak kadua barca terus mengasak kubu tuan rumah untuk menambah jaringan,namun pasukan tuan rumah juga sering melawan dengan melakukan serangan balas.Akhirnya barca berjaya mendahului apabila hantaran silang Pedro ditanduk masuk oleh Messi pada minit 79 untuk keduduka 1-2.Selepas itu perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh barca.Barca melangkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga minit 87 apabila hantaran silang Abidal disudahkan dengan rembatan kencang Ibrahimovic dan perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Fc Barcelona.