LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Friday, September 3, 2010

Oh Daun Kesum....


Tiba2 Miss NF terdengar perbualan seorang kanak - kanak kepada ibunya... "Daun Kesum tuh ape Ummi?, tanya seorang kanak - kanak di Pasar Awam Banting. Ibunya menjawab... daun kesum tuh macam sayur... boleh makan.... nie Ummi nak cari untuk buat Laksa berbuka nanti... Miss NF pandang kanak2 tuhh dan die tersipu2 malu.. hehe... comell la...

"KESUM" nie sebenarnya selalu ditanam di kawasan lembab dan berair.. daunnya digunakan sebagai ramuan untuk wangikan masakan seperti laksa or masak asam pedas.. nyummm... daun kesum nie boleh makan sebenarnya, tp kebanyakkan dari kita mesti buang dan takut nak makan...

Selain itu, ada juga yg cakap daun kesum ni boleh merawatmasalah perut tidak hadam dan masalah kelumumur... tp xtau la betul ke x... org kata je... cume Miss NF pernah terbaca dalam satu blog tu.. kalau nak sembuhkan masalah perut xhadam nie kene rebus daun kesumnya dan airnya diminum.. manakala utk merawat kelemumur pula daun kesum nie kene tumbuk kemudian diperah. air perahan tu kene campur engan sdikit air sebelum digosok ke kulit kepala.. biar la dlm 2-5minit pastu bila hingga bersihh.. Selamat Mencuba...

Wednesday, September 1, 2010

Pemandu Wanita vs Pemandu Lelaki~~~

Hyee semua.. tiba terdetikk nak discuss topic Pemandu Wanita vs Pemandu Lelaki..

Ermm, secara realitinya golongan wanita setuju x kalau kita katakan pemandu wanita nie lebih berhati - hati daripada pemandu lelaki?? kalau tanya Miss NF sure la saya jawab YA, semestinya.. tapiada juga yang xbersetuju... melalui kajian, pemandu lelaki ni lebih suka memandu dengan keadaan laju jika dibandingkan dengan wanita... Tetapi ada kalanya wanita juga merupakan golongan yang paling dasyat apabila memandu dalam keadaan yang paling perlahan...

Kononnya, terlampau berhati2 la... tapi cara tue pun salah sebab boleh berlakunya kemalangan juga.. huhu...

So nie sempat Miss NF cari beberapa perbezaan antara pemandu wanita dan lelaki...

Zaaassss....

Pemandu Wanita

1- Terlalu Berhati- hati
2- Memandu terlalu perlahan
3- Terlalu ikut peraturan
4- Langsung xtau pasal kereta, tahu pakai sahaja!
5- Tak pandai jaga kenderaan sebab tue senang rosak
6- Suka hias kereta dengan keterlaluan..
7- Suka letak segala benda dalam kereta... Cth. kasut yang berpasang2..
8- Nama je perempuan. tp dalam kereta bersepah2... hahahaha

Pemandu Lelaki

1- Kurang sabar..
2-Suka bunyikan hon kalau xpuas hati
3- Panas baran ketika mmandu
4-Xsuka ikut peraturan
5- Sentiasa kata pemandu wanita lembab kalau pemandu wanita berada dihadapannya...
6- Menganggap kereta seperti "isteri" dan sanggup habis duit dengan kereta..
7- Akan menjaga kereta sebaik - baiknya...

Apa pendapat korang lakkk entry topic nie ekk.. hehehe..

Sunday, August 22, 2010

Fc Barcelona Juara Super Cup Sepanyol!








Jaringan hatrik penyerang Argentina Lionel Messi memastikan Gergasi Sepanyol Fc Barcelona mengekalkan Piala Super Cup selepas menewaskan Seville dengan agregat 5-3. Selepas tewas 1-3 dalam perlawanan pusingan pertama di gelanggang lawan,Guardiola kembali menyenaraikan kesebelasan utama untuk cuba mempertahankan piala yang di menangi mereka musim lalu.
Fc barcelona membuka jaringan seawal minit ke 13 apbila larian pantas Pedro yang berjaya menewaskan pertahanan pelawat dan membuat hantaran ke depan gawang dan tertampan pemain pertahanan pelawat Konko untuk memastikan Barca bermula garang mendahului 1-0.Barca terus garang dengan beberapa percubaan berbahaya dan menghasilkan gol ke 2 minit ke 25 apabila Messi melakukan larian deras untuk menyudahkan hantaran dari tengah yang dilakukan oleh Xavi untuk kedudukan 2-0 dan mengikat Agregat kepada 3-3.
Barcelona menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 3-0 apabila hantaran Dani Alves sekali lagi disudahkan oleh Messi pada minit ke 43 untuk mereka selesa pada babak pertama.
Babak kedua permainan Barca bertambah menarik dengan beberapa serangan yang dilakukan dan mendapat beberapa peluang untuk menggandakan jaringan.Minit ke 90 Villa melakukan hantaran cantik kepada Iniesta yang melakukan larian deras sebelum memperdayakan penjaga gol pelawat dan disudahkan oleh Messi untuk jaringan hatrik dan gol ke 4 pasukan barca.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan Barca mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lepas.

Saturday, August 21, 2010

Thursday, August 12, 2010

Bazaar Ramadhan oh Bazaar Ramadhan!!!





Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua... Hari ke -2 puasa macam mne? ok ke ko? Miss NF nak cerita sikit time jalan2 di Bazaar Ramadhan hari pertama...wah walaupun sambutan kurang tapi masih ada juga pembeli yang menjayakan Bazar Ramdhan pada hari pertama. Pendek kata, semua jenis juadah dijual..so jomla jalan2 and pilih je ape yg diinginkan...hehe...

Ape pun Miss NF nak share la bila dapat cover satu program kat Bazar Ramadhan pada hari pertama tu... Sebenarnya orang selalu salah tafsir bila ada Bazar Ramadhan je org akan xingat dunia untuk membeli.. atau nafsu makan mereka semakin tinggi...

Tapi, bagi Miss NF tanggapan tu kadang kala salah juga.. sebabnya... bila kita lihat.. time Ramadhan ni la kita nampak ibu bersama anak pergi beli kuihh... peranan seorang bapa yang sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja masih ingat anak isteri di rumah untuk membeli juadah berbuka puasa.... dan paling best tuh.. msyarakat Cina dan India turut tidak ketinggalan membeli juadah yang dijual sekaligus membantu kaum Melayu meningkatkan pendapatan...

So Bazaar Ramadhan ni sebenarnya satu pusat tumpuan yang menyatupadukan sesebuah keluarga sekaligus menanam sikap ingat mengingati antara satu sama lain.
Jadi, kan lebih baik jangan anggap ada bazar Ramadhan je... manusia ni suka membeli juadah yang terover semata - mata je... Kadang kala juadah yang dibeli tuh sebenarnya sebagai hadiah buat si suami kepada keluarga untuk bersama - sama berkongsi makanan di bulan Ramadhan.... Budaya bersedekah lebih afdal di bulan Ramadhan...