LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Wednesday, December 3, 2008

Interview + Kelanang + Pizza

INTERVIEW

Harini awal g dah kuar untuk menghadiri sesi temuduga di sebuah kilang minyak terletak di banting.....Kilang minyak Premier Oil terletak di kawasan perindustrian banting,tepat jam 9.30 pagi sampai dan terus masuk ke kawaan guard,tp terpaksa menunggu kerana exec bahagian jawatan kosong tuh xsampai lagi,dah sangap tunggu dekat 25 minit baru la member yang bernama anbalakan sampai dan die cam tau2 jer time bos die nak sampai,xlama duduk borak2 dgn die sampai a exec merangkap bos die......ape lagi terus masuk dan isi form dan ape yg patut,time interview tuh memang best la mr andrew tuh sporting giler cam dah lama kenal.....so pasni menanti dengan harapan untuk bekerja lain lak...hehehehhe

KELANANG

selepas tuh bawa cakna nurul g jalan pusing area jalan nak ke pantai kelanag dan morib untuk dapatkan berita....so banyak jgk la gambar dan bahan yang diperolehi die sekitar jalan mudah nak ke pantai kelanang dari morib...sempat berhenti di beberapa tempat untuk snap gambar hakisan dan keadaan jalan di sekitar yang x di selenggara dgn baik oleh pihak2 bertanggungjawab.....so,dapatla tgk cmne nurul wat keje dan interview org nak mintak pendapat dan org yang bagi aduan tuh.......mmg baru harini la tau ade jalan pintas rupenyer nak ke pantai kelanang tanpa perlu pusing jauh @berpatah balik....

PIZZA HUT

Dah puas berjalan dan teman cari berita xperasan rupenyer dah jam 12.20 pm...so kami berdua pun memilih ke destinasi mencari kedai makan untuk makan tengahri ....mmg kitorang ni ssh sket nak decide kedai2 makan mana yang sesuai untuk dipilih....seteah fikir dan bincang dekat 5 minit akhirnyer kami memilih untuk ke pizza hut untuk makan tengahri.....semasa di pizza hut berjumpa la dgn member yang menegur dan offer kitorang set khemah untuk majlis kenduri kahwin.......cam kebetulan lak......yang wat kitorang gelak dan lawak si acid ni xpercaya yang kitorang ni dah bertunang..siap mintak tunjuk cincin tunang pun masih kurang percaya dan anggap kami berdua menipu die.....akhirnyer die pun percaya bile kami menunjukkan gambar pertunangan kami didalam handset kami...mujur percaya.......so aktiviti sebelah pagi berakhir tengahri dan balik umah berehat sebentar sambil nurul sedang buat berita di rumah.....

Friday, November 21, 2008

More Pict Trip To Melaka















http://photobucket.com/fainrl25melaka

Majlis Pertunangan Ahmad Faisyal & Nurul Firdaus


Antara gambar sekitar majlis pertunangan kami pada 10 Ogos.......

Tema: Oren & Putih

Melaka Trip ( 16/11/08)


Ahad lepas kami telah join lawatan HAF ke melaka bandar bersejarah.......kami berkumpul di rumah uncle malik dan bergerak menaiki bas...perjalanan mengambil masa 3 jam....... lokasi pertama kami adalah ke perigi hang tuah......kami singgah melihat sendiri perigi hang tuah dan selepas itu sempat meluangkan masa melawat ke rumah tradisional melayu melaka.........selepas itu kami meneruskan perjalanan ke sengai melaka untuk menaiki cruise mengelilingi sungai melaka.........perjalanan mengambil masa 45 minit dan kami diberi penerangan mengenai serba sedikit sejarah negeri melaka..........selepas itu kami meneruskan perjalanan ke restoran ole sayang untuk menikmati makanan tengah hari ala baba nyonya......selepas itu kami melawat ke jalan tun tan cheng lock...di sekitar kawasan itu kami sempat singgah ke beberapa tempat antaranya tokong cina,masjid dan ke kuil......selepas itu kami terus pergi ke kawasan A Famosa dan berjalan di sekitar kawasan tersebut........dan lokasi terakhir kami adalah menunaikan solat di masjid selat melaka...............selepas itu kami meneruskan perjalanan pulang ke shah alam.............

Sunday, November 9, 2008

Fc Barcelona 6 Valladolid 0




Awal pagi tadi sempat menyaksikan perlawanan la liga antara fc barcelona dengan Valladolid.....mmg best game dan mutu persembahan yang dipamerkan oleh pasukan barca....penyerang utama barcelona yang berasal dari cameroon telah menjadi wira dengan menyumbangkan 4 gol pama minit ke 12,30,42 dan 44.......manakala 2 gol lagi disumbangkan oleh gudjohnson 73 dan henry melengkapkan malam gemilang barca..........perlawanan yang pada awalnyer agak seimbang dan saling berhati hati bertukar sebaik eto'o meledakkan gol pertama......selepas itu perlawanan lebih banyak dikuasai oleh pasukan barcelona........pada babak kedua pasukan valladolid seperti tidak bermaya dan kesempatan itu digunakan oleh pemain barca untuk terus mengganas dan menambah gol........keputusan 6-0 kekal sehingga tamat permainan.....ini adalah kemenangan besar ke yang dicatatkan didalam liga..........sebelum ini barca telah mencatat kemenangan besar menentang pasukan sporting gijon 6-1,athletico madrid 6-1,almeria 5-0 dan malaga 4-1.....barca meminpin liga dengan 25 mata hasil dari 8 kemenangan 1 seri dan 1 kalah 2 mata mengatasi real madrid yang mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas malaga........