LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Wednesday, February 11, 2009

LIGA SUPER: SELANGOR 2 PERLIS 1


Rehat lama untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa pasukan kebangsaan nyata memberi impak besar dalam aksi pasukan Selangor malam tadi.Dengan hanya 3 perlawanan persahabatan menentang ATM sebanyak 2x dan PDRM nyata memberi impak kepada aksi Selangor malam tadi.
Bermain dihadapan ribuan penyokong sendiri Selangor ternyata seperti pasukan yang lambat panas dan Perlis yang sudah memulakan aksi dalam 2 perlawanan timbal balik Piala Fa nyata bermain baik dan mengawal permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu selangor namun jika tidak kerana ketenangan benteng pertahanan Selangor yang diketuai oleh acong dan eric sering kali menggagalkan serangan pasukan Perlis...
Aksi bosan pasukan Selangor pada babak pertama sering mendapat cemuhan dari para penyokong yang menyaksikan perlawanan malam tadi...Namun pada minit ke 40 separuh masa pertama akhirnya penyokong Selangor diceriakan dengan jaringan pembukaan hasil sepakan percumat dari sebelah kanan pintu gol Perlis yang diambil oleh R Surendran untuk mudah ditanduk masuk oleh pemain berjersi no 6 Mohd Nasriq Bahrom untuk selangor didepan dengan jaringan 1-0.Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua pasukan Selangor mula bermain dengan hantaran rendah dan tempo permainan mula dikuasai oleh barisan pemain Selangor.Selangor tidak menunggu lama untuk didepan apabila pemain tengah Faizlidin Khalid melakukan rembatan dari luar kotak penalti melepasi jangkauan penjaga gol Perlis untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak kepada pasukan Selangor.
Perlis tidak berputus asa dan kerap melakukan serangan selepas itu untuk memburu jaringan.Perlis bernasib baik pada minit ke 56 apabila rembatan dari luar kotak penalti pemain nya yang dilihat tidak merbahaya secara tiba-tiba membias terkena pertahanan Selangor dan memerangkap penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Selangor tidak berputus asa dan melancarkan serangan selepas itu,Usaha mereka nyata membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 62 apabila Mohd Safee Sali dijatuhkan didalam kotak penalti,Namun Safee gagal menewaskan penjaga gol Perlis untuk kekal 2-1.Dalam rancak pasukan Selangor melakukan asakan ke kubu Perlis,mereka tersentak pada minit ke 69 apabila penjaring gol pertama Mohd Nasriq Bahrom dilayangkan kad merah kerana menyiku pemain Perlis.
Kedudukan itu bagaimanapun kekal sehingga wisel dibunyikan untuk memberi kejayaan kepada pasukan Selangor malam tadi.....

Barisan Pemain:
Hamsani Ahmad,Razman Roslan,Khairul Anuar Baharom,P Gunalan,
Amirul Hadi Zainal,Hardi Jaafar,Fazilidin Khalid(D Sureandaran),Muhd Afiq(C Premananthan),
R surendran(Asraruddin Putra),Mohd Safee Sali

Sunday, January 4, 2009

SELANGOR JUARA PIALA SUMBANGSIH


selangor memulakan kempen liga super dengan bergaya apabila menundukkan kedah 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium darul aman malam tadi.....kejayaan tersebut juga menyaksikan selangor berjaya menebus kekalahan 6-2 di stadium yang sama dalam aksi liga super musim lepas....selangor yang rata-rata dibarisi kombinasi pemain senior dan pemain muda dilihat menguasai perlawanan dari awal sepak mula lagi....selangor tidak menunggu lama untuk di depan apabila sepakan percuma pada minit ke 3 disudahkan oleh kapten selangor amri yahya...selangor terus melancarkan serangan dan akhirnya pada minit ke 32 pemain muda berusia 18 tahun berasal dari banting,zameer zainun mengukuhkan lagi kedudukan selangor hasil rembatan dari jarak 35 meter gagal ditampan oleh helmi eliza.selangor terus melakukan asakan untuk menjarakkan kedudukan dengan beberapa siri serangan berbahaya ke kubu kedah....pada minit ke 36 sepakan percuma yang diambil oleh r surendran amri mudah untuk menanduk masuk gol ke 3 selangor.

Bersambung babak kedua selangor memperlahankan rentak permainan dan kedah beberapa kalli mengasak ke kubu selangor namun mereka gagal menemui sasaran dan tersasar.pada minit ke 54 kedah bertambah malang apabila pemain mereka farizal rozali dilayangkan kad merah akibat terjahan keras ke atas hamsani ahmad...selangor terus menguasai permainan untuk memburu gol,dan hasilnyer safee sali melakukan sepakan yang cantik kaki kanan untuk menerjah gawang kedah pada minit ke 58....selepas selesa di depan pemain selangor dilihat bermain secara sambil lewa dan peluang diambil oleh khyril muhymen pada minit ke 90 untuk mencuri gol saguhati untuk pasukan kedah.....

barisan pemain selangor : hamsani ahmad,razman roslan,nasriq baharom,khairul anuar baharom,p gunalan,amirul hadi zainal(d surendran),hardi jaafar,mohd amri yahya (C),zameer zainun(fareez asmawi),safee sali,r surendran(rudie ramli)

Wednesday, December 31, 2008

HAPPY NEW YEAR 2009


Tinggal lagi beberapa jam kite suma akan sama-sama meraikan tahun baru 2009.....semoga apa yang terjadi pada tahun 2008 akan menjadi sesuatu yang akan dikenang dan menjadi teladan kepada kite sebagai rakyat malaysia.......setiap tahun pasti kite mempunyai azam setiap kali menjelang tahun baru......menjelang tahun baru ini marilah kite bersama menanam azam untuk memperbaiki diri kite dalam ape jua perkara baik yang buruk mahupun yang baik....semoga tahun 2009 ini akan menjadi tahun kebangkitan bagi kite semua untuk melakukan kerja dan tanggungjawab sebagai umat dimuka bumi ini........raikan la tahun baru 2009 ini dengan penuh sederhana dan memperbanyakkan amalan kepada allah s.w.t semoga apa yang kite harapkan akan diterima oleh allah s.w.t .

Friday, December 5, 2008

SKUAD SELANGOR 2009


PENGURUS: ZAKARIA ABD RAHIM
JURULATIH: K DEVAN
PEN JURULATIH: P MANIAM & MOHD ROSEDY MOHD NADZIR
JURULATIH PENJAGA GOL: AZLISHAM IBRAHIM
JURULATIH KECERGASAN:

PEMAIN 2009

1.FAIRUL AZWAN SHAHRULLAI
2. MOHD ZAIZA ZAINAL ABIDIN
3. RAZMAN ROSLAN
4. MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR
5. KHAIRUL ANUAR BAHAROM
6. MOHD NASRIQ BAHAROM
7. S SRITHARAN
8. K NANTHAKUMAR
9. RUDIE RAMLI
10. MOHD SAFEE SALI
11. FAZLI BAHARUDDIN
12. FADZIRUL ZAKARIA
14. HARDI JAAFAR
15. P GUNALAN
16. SANJOS SUNDAWAT
17. MOHD AMRI YAHYA
18. FAUZAN DZULKIFLI
19. D SURENDRAN
20. FITRI SHAZWAN RADUAN
21. HAMSANI AHMAD
22. NASRIL NOURDIN
23. R SURENDRAN
24. AMIRUL HADI ZAINAL
25. FAZILIDIN KHALID