LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Tuesday, July 28, 2009

Kalau merokok tu hebat sangat ke?













Survey, survey, and survey lagi.. Ahahahaa kalau sebelum ni Miss NF and Mr AF bincangkan pengalaman / aktiviti seharian tapi kali ni kami nak discuss skit topik kat atas tu " Merokok tu hebat sangat ke? " Macam-macam jawapan yang menarik dan mungkin boleh atau tak diterima logik akal.. Apa-apa pun jawapannya sudah lama berada di entry kali ni tapi bagi mereka yang sokong atau xsokong ngn statement atas tuh.... terpulang la..just share the statement... Miss NF terlintas nak create entry kali ni apabila terkena asap rokok masa watch Perlawanan Bola Sepak Liga Super ( Sel vs Pah ) haritu.... Masa tuh sorang je yang merokok, tp bolehlak diorang nie pas2 rokoknye kpd 3 org kawan sebelahnya... Apelagi bile Mr AF pandg Miss NF semacam je.. Mr AF terus bagi bendera Selangor suh tutup mulut n hidung...nasib memahami. Tu yang terpikir nk discuss topic tu...
Okla.... Hari ini disebabkan merokok tu telah menjadi satu trend buat remaja-remaja di Malaysia.. Di Malaysia sahaja ke? Oh, tidak.. Di negara lain tak tahu lah pula.. so remaja nie macam rasa diri mereka hebat je bila merokok di khalayak ramai tanpa pikir orang sekeliling... Miss NF sangat pantang kalau orang yang merokok nie mengeluarkan asap rokok sesuka hati je... rasa nak pegi amik rokok kat mulut drg n baling jauh2... xpun gi lekat kat tangan die ke..kaki die ke... tapi mcm zalim lakk... Apela... ingat rokok tuh make them HEBAT sgat ke n become lelaki macho dlm dunia!! Apela orang zaman skang nie.. taknak pikir kesan an akibat nye nt pd masa akan datang...
Kerajaan dan berbelanja besar untuk adkan kempen Berhenti Merokok la Taknak Merokok la.. tapi perokok nie wat tak endah je lagi... Sebahagian besar perokok nie kata merokok itu adalah kenikmatan tiada tandingan, menghiburkan, menyenangkan, menghilangkan stress dan menghilangkan duka lara.
Ada juga percaya bahwa merokok dapat membantu anda dalam banyak hal lainnya – dan jika anda berhenti merokok, anda akan kehilangan semua keuntungan ini.
Tetapi situasi yang membuat lebih buruk lagi adalah apabila mereka ni percaya bahwa jika berhenti merokok, mereka tidak
akan memperoleh apa-apa kecuali rasa sakit dan kesengsaraan..... Tuh semua tepuk dada tnya la diri sendiri...
Jadi, fikirla baik2 sekiranya anda pernah merokok????- Kenapa nak merokok? Pengalaman paling menarik ketika merokok? Apa yang best sangat merokok? / Miss NF








Terima Kasih Samuel Eto'o










Penjaring ketiga terbanyak Fc barcelona Samuel Eto'o telah melengkapkan perpindahan ke Inter Milan dengan perjanjian antara kedua dua kelab.Memang di akui Eto'o adalah penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Barca kerana komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau setiap kali turun beraksi.Beliau adalah pemain yang sentiasa mahu memberi aksi yang menghiburkan kepada peminat Fc barca.Namun setelah 5 tahun bersama kelab Catalan ini beliau terpaksa akur bahawa beliau tidak akan kekal lama disini.Banyak kenangan manis bersama Barca dan beliau boleh dikatakan telah memenangi semua kejuaraan La Liga bersama Fc barcelona disamping 2 kali menmbantu Fc Barcelona menjulang Liga Juara Juara Eropah.Beliau juga telah beraksi bersama barisan bintang ketika bersama Fc Barca antaranya Ronaldinho,Deco dan lain2 lagi.Sepanjang bersama Fc Barcelona beliau juga telah banyak membantu Barca menjaringkan gol2 penting yang telah membawa kejayaan besar kepada Barca dan antaranya ketika Final Liga Juara Juara Eropah ketika menewaskan Manchester United 2-0 di Rome .Dalam tempoh 5 tahun bersama Barca beliau utelah menikmati saat manis bersama Barca dengan menjulang La Liga dan Liga Juara Juara Eropah sebanyak 2 kali Copa Del Rey sekali dan Super Cup 2 kali..
Kami mengucapkan terima kasih dan semoga berjaya bersama Inter Milan.

Zlatan Ibrahimovic Bintang Baru Barca!



Penyerang Sweden Zlatan Ibrahimovic sah menjadi pemain Fc Barcelona setelah diperkenalkan secara rasmi dihadapan 60,000 penyokong mereka di stadium Camp Nou.Pemain yang sebelum ini beraksi dengan kelab Itali Inter Milan telah melengkapkan pemeriksaan kesihatan dan lulus untuk menyarung jersi Barca.Dengan kehadiran Ibrahimovic diharap kan Barca akan bertambah mantap dan dapat mempertahankan kejuaaraan yang mereka menangi musim lepas.Ibrahimovic akan menyarung jersi no 9 yang ditinggalkan penyerang Cameroon Samuel E'to yang berhijrah ke Inter Milan mengikut perjanjian antara kedua dua kelab terbabit.Ibrahimovic adalah pembelian ke 3 Barca selepas mereka menandatangani Maxwell dan Kerrison sebelum ini.

Kami ucapkan semoga berjaya kepada Ibrahimovic dan selamat maju jaya bersama Fc Barcelona..

Barca! Barca!Barca!

Wembley Cup: Al Ahly 1 Fc Barcelona 4



Fc Barcelona mencatat kemenangan bergaya 4-1 dalam perlawanan ke 2 piala Wembley.Kemenangan yang memberi suntikan semangat kepada kelab catalan untuk mengharungi cabaran musim baru yang yang akan bermula tidak lama lagi.Bersandarkan barisan pemain muda dan pemain senior.Ternyata strategi jurulatih Pep Guardiola meletakkan gandingan yang dilihat bertenaga berjaya mengkucar kacirkan barisan pemain pertahanan Al Ahly.Pada babak pertama Guardiola menyenaraikan barisan pemain muda dengan membariskan Jorquera,Mantoya,Muniesa,Abidal, Victor Sanchez, Rueda, Keita, Rochina, Bojan dan Gai Assulin.Barcelona membuka jaringan pada minit ke 16 apabila Bojan bijak memperdaya pertahanan Al Ahly sebelum merembat menewaskan penjaga gol Al Ahly untuk gol pertama Barca.Begitupun pada minit ke 31 Al Ahly menyamakan kedudukan H.Elagizy menyudahkan lorongan rakan sepasukan dan mudah menewaskan Jorquera untuk kedudukan terikat 1-1.Namun pada minit ke 41 Barca kembali di depan hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti pemain muda Jose Manuel Rueda melepasi jangkauan penjaga gol Al Ahly.Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua Guardiola menggunakan Valdes,Caceres,Dalmau,Fontes,Espasandin,Toure,Messi,Dos Santos,Pedro,Gudjohnson,Jeffren.Mereka tidak menunggu lama untuk menambah gol ke 3 apabila Jeffren menyudahkan hantaran silan Pedro pada minit ke56 untuk 3-1.Pada minit 67 Barca melengkapkan jaringan ke 4 apabila Pedro menyudahkan hantaran Gudjohnson untuk kedudukan 4-1.Perlawanan Berakhir dengan 4-1 sehingga ke wisel penamat.

Dalam 1 lagi perlawanan Celtic menewaskan Totenham Hotspur 2-0.

Monday, July 27, 2009

AFNF @ Stadium Shah Alam




















Malam minggu lepas kami berkesempatan menonton aksi terakhir Liga Super 2009 Antara Selangor bertemu Pahang.Plan asal kitorang sebenarnyer nak gi berjalan jalan kat Stadium Malawati sempena jualan gudang penghabisan stok,So kitorang terus buat keputusan nak gi tengok bola dek kerana malam tu adalah malam penutup liga dan sekali penyampaian trofi Liga Super Kepada pasukan Selangor.Mulenyer kami jangka penonton xramai kerana dah confirm ada live kat RTM.Namun lama kelamaan menjadi ramai dan suasana menjadi meriah dengan lautan merah kuning yang berada di stadium.Tengah asyik menanti perlawanan mula,kebetulan berjumpa la dengan pasangan suami isteri rakan forumer Selangorfc.com iaitu saudara eddy dan isterinyer teha.So kitorang lepak la bersama menyaksikan perlawanan malam tu dengan terhibur dan gembira,iyela keputusan malam tu dah xkesah sangat kerana Selangor mmg confirm julang Piala Liga Super dah.Miss Nf bukan men happy lagi bile pemain idola Amri Yahya menjaringlan gol malam tuh..Saudara Af Xla happy sangat kerana pemain idola die dah xde kat selangor,Shukor Adan dah ke N9......Bile time pemain merayakan kejayaan bukan main lagi Miss NF tanpa segan silu mengeluarkan kamera nya untuk Snap beberapa gambar dan detik2 pemain selangor merayakan kejayaan menjuarai Liga......Kami Mengucapkan Tahniah kepada pasukan Selangor yang menjuarai Liga Super 2009....