LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Monday, September 21, 2009

A Day Fainrl Berbuka Puasa + Shoping @ 8 September 2009


hehehe... nak jugakk...


Tgah lapar ni....



Cheesee..



Salamz... Hye! Just to post some picture kami berbuka puasa n windo shoping.... Luv dis picture tau.... huahuahuahua....

Miss NF @ Raya


Zhariff malu... Miss NF takut!


Miss NF + Mira n Kak Anie






Miss NF in front of Gazebo


Miss NF with bro cuzie...

Salam.. hye semua... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin... mcm mne raya tahun nie? seronok x? ermm Miss NF mcm biasala...ala kadar je..xsewonok mcm masa kecik2 dulu... al maklumlah... boleh lari sana sini..dah bsr nie keje nye asyik berposing je la.. hehe...xde keje len... n Miss NF pun bercuti hari raya pertama je.. hr ry kedua dah start kene type story balik... tapi okla..nasib ade cover mangsa2 bnjir beraya di Pusat Penempatan Banjir di SK Tanjung Sepat, Banting... As usully la..pagi raya, bangun pg then siapkan diri ape yg ptut.. n ready to minta ampun n maaf dgn ibu bapa n sanak saudara yg len.. sedih gakla..tp biasa la hari raya is a must kan... Theme keluarga Miss NF kali ni coklat.. hehe okla... ape2 pun Miss NF nak minta maaf to all yang kenal Miss NF n yg baca blog kami ni.. To Mr AF, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Batin juga... 0 - 0 ekk... tapi kalau Barca lawan MU 0 - 1 xpe... hehehe jangan mara... okala.. let c some picture of Miss NF di Hari Raya.... Take Care all!










Sunday, September 20, 2009

La Liga : Fc Barcelona 5 Atletico Madrid 2




















Fc barcelona meneruskan rentak kemenangan dalam saingan La Liga apabila menewaskan Atletico Madrid 5-2 dalam perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi.Perlawanan yang ke 2 di gelanggang sendiri selepas menewaskan Sporting Gijon pada perlawanan pembukaan liga.
Bermula dengan cemerlang apabila Ibrahimovic menyudahkan gol pertama seawal minit ke 2 lagi.Selepas itu perlawanan mudah dikuasai oleh Barca dengan beberapa serangan yang merbahaya ke kubu pelawat.Barca terus menyerang kubu Atletico madrid dan hasil nya penyerang Lionel Messi pada minit ke 16.Dani Alves kemudiannya meletakkan Barca selesa 3-0 pada minit ke30 menerusi sepakan percuma yang menarik.Pada minit ke 42 Keita meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila mudah menolak masuk hantaran silang Messi.Selepas itu Barca mula memperlahankan rentak permainaan dan membolehkan pasukan pelawat menyerang ke kubu Barca.Pada minit ke 45 kesilapan Sergio Busquest menanduk ke belakang mudah dirampas oleh Sergio Aguero dan mudah menguis masuk ke gawang Barca untuk kedudukan 1-4.
Babak ke 2 permainan berubah sama sekali,apabila pasukan pelawat yang dilihat mendominasi perlawanan dengan beberapa asakan ke kubu Barca oleh rangkaian serangan pasukan pelawat yang diketuai oleh Forlan dan Aguero.Akhirnya gawang Barca bolos sekali lagi apabila kesilapan barisan tengah mengawal hantaran Valdes membawa padah apabila bola kembali ke Forlan dan beliau mudah merembat masuk ke gawang Barca untuk kedudukan 2-4 kepada pasukan pelawat.Ketika perlawanan menuju ke penghujung hantaran Alves mudah disudahkan oleh Messi untuk kedudukan muktamad dan kekal 5-2.

Dengan kemenangan ini Barcelona mengekalkan rekod bersih 3 perlawanan tanpa kalah dengan mengumpul 10 jaringan dan hanya dibolosi 2 jaringan.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN




























KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI

MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA....

Sunday, September 13, 2009

La Liga: Getafe 0 Fc Barcelona 2










Fc Barcelona Meneruskan rentak kemenangan dalam saingan La Liga apabila menewaskan Getafe 2-0 di tempat lawan awal pagi tadi.Merehatkan beberapa tonggak utama seperti Henry,Iniesta,messi dan Alves rentak permainan Barca agak goyah dengan beberapa serangan yang merbahaya yang hampir menghasilkan jaringan kepada pasukan Getafe.beberapa percubaan Getafe yang hampir membuahkan hasil adalah hantaran ke belakang Puyol yang gagal dikawal oleh Pique mujur Valdes pantas keluar menyelamatkan keadaan.Tidak cukup dengan itu percubaan Saldado mengenai palang gol Barca dan mujur dikeluarkan oleh Puyol.Saldado sekali legi mencemaskan gawamg Barca apabila sepakan guntingnye terkena tiang sebelum sempat ditampan oleh valdes sebelum diselamatkan oleh Pique.Barcelona mengancam kubu Getafe melalui rembatan Keita yang tersasar dan tolakan lemah Ibrahimovic yang mudah didakap oleh penjaga gawang Getafe dan kekal 0-0 sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua Fc Barcelona mula menyusun corak permainan dan memasukkan messi dan Iniesta bagi pertajamkan barisan serangan.Hasilnya pada minit ke 66 hasil hantaran Abidal yang melakukan hantaran silang mudah di tolak masuk oleh Ibrahimovic untuk meletakkaan Barca di depan.Selepas jaringan tersebut beberapa gerakan menarik dan berbahaya dihasilkan oleh gandingan Xavi,Iniesta,Messi dan Ibrahimovic.Minit ke 80 hasil hantaran silang Alves ke Ibrahimovic menyaksikan pemain sweden itu tidak tamak dan menghantar cantik ke Messi dengan tandukan mudah menewaskan penjaga gawang Getafe untuk gol ke 2.Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat permainan dan Barca meneruskan rekod bersih dalam 2 perlawanan tanpa bolos dan telah mengjaringkan 5 gol.