LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Wednesday, January 13, 2010

LIGA SUPER 2010: Selangor 4 K Lumpur 1




Rentak kemenangan Selangor berterusan di Stadium Shah Alam malam tadi apabila menewaskan musuh setempat Kuala Lumpur 4-1 dalam saingan Liga Super.

Turun dengan kesebelasan sama yang menjulang Piala Sultan Ahmad Shah di Paroi Sabtu lalu, Selangor menguasai babak awal permainan tanpa benar-benar mengancam kubu lawan sebelum dikejutkan oleh jaringan pelawat seawal minit ke-6.

Pasukan pelawat bimbingan Razip Ismail itu memperolehi sepakan percuma di sebelah kanan pintu gol Selangor yang diambil oleh Azwan Abd Malek dan mudah ditanduk masuk Yong Kuong Yong tatkala Hamsani Ahmad di gawang Selangor tidak dapat berbuat apa-apa.

Selangor bingkas bangkit mencari gol penyamaan namun terpaksa menunggu sepuluh minit kemudian untuk memperolehi peluang keemasan namun kecemerlangan penjaga gol lawan, Ramezey Che Ros menidakkan percubaan berturut Safee Sali dan Amri Yahyah.

Beberapa minit kemudian, palang pula menjadi penghalang tatkala sepakan kencang Safee dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Ramezey.

Namun gol penyamaan yang dicari Selangor tiba juga pada minit ke-34. Hantaran lintang Safiq Rahim ditanduk masuk Safee menewaskan Ramezey yang gagal dalam usahanya menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya.

Seminit kemudian Farderin Kadir berpeluang melebarkan jurang jaringan buat Selangor namun teragak-agak dalam bertindak sebelum rempuhan pertahanan Kuala Lumpur pada waktu yang sama mencederakan beliau sekaligus memaksa K Devan membuat pertukaran awal dengan memasukkan Amirulhadi Zainal sebagai ganti.

Lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir, giliran Kuala Lumpur pula kecewa apabila sepakan percuma ketua pasukan Azidan Sarudin sekadar menggegar palang gol Selangor.

Bermula separuh masa kedua, pasukan tuan rumah menggandakan asakan namun kelihatan buntu untuk menembusi barisan pertahanan lawan lantas membuatkan Devan memasukkan wira Piala Sumbangsih R Surendren menggantikan Liew Kit Kong bagi menambah sengat jentera serangan.

Seperti juga di Paroi, Selangor tidak menunggu lama untuk melihat hasil perubahan taktikal Devan.

Safee yang menerima bola di hadapan kotak penalti Kuala Lumpur kemudiannya membuat hantaran belakang yang mengelirukan pertahanan lawan sekaligus membebaskan Amri yang hanya perlu melambungkan bola melepasi Ramezey yang telahpun menjatuhkan badan terlebih dahulu bagi membolehkan Selangor mendahului 2-1.

Selangor kian selesa pada minit ke-77 apabila larian pantas Surendren tidak mampu dihalang pertahanan pasukan wargakota lantas memberikannya tuga mudah menolak bola masuk melepasi Ramezey.

Pemain tengah skuad Bawah 23 negara yang baru ditandatangani Selangor untuk musim ini, Bunyamin Umar kemudiannya membuat penampilan pertama untuk skuad Gergasi Merah apabila masuk menggantikan rakan sepasukan dalam skuad negara, Safiq Rahim.

Penjaga gol Kuala Lumpur terus kecewa apabila kawalan bola menarik Surendren menewaskan beliau sekaligus menjadikan keputusan 4-1 ketika perlawanan berbaki dua minit.

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Mohd Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd Nasriq Baharom, 4-Mohd Asraruddin Putra Omar, 18-Liew Kit Kong (23-R.Surendren), 8-Safiq Rahim (12-Bunyamin Umar), 14-Mohd Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir (20-Mohd Amirulhadi Zainal), 17-Mohd Amri Yahyah (c), 10-Mohd Safee Sali

KUALA LUMPUR: 19-Remezey Che Ros, 6-Jeremy Matthew Danker, 7-Azwan Abd. Malek, 8-Azidan Sarudin (c), 13-Raimi Md. Nor, 14-Badrol Hisham Azmi (17-Fahruzzahar Ali), 18-Yong Kuong Yong (10-Khairul Anuar Shafie), 20-Farouk Hashim, 21-Syafiq Johari (30-Ahmad Hazwan Bakri), 23-Farid Ramli, 25-Ahmad Dashila Tajudin


dipetik dari http://www.selangorfc.com

LIGA SUPER 2010: Selangor Juara Sumbangsih




Selangor memulakan liga super dengan bergaya apabila mengekalkan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas.Dibarisi dengan gandingan mantap dan berpengalaman selangor dilihat sebagai calon layak mengekalkan piala tersebut.Namun negeri sembilan yang dibarisi pemain muda dan berpenglaman juga tidak kurang hebatnya.N Sembilan mengasak seawal minit ke 7 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Aidil Zafuan bagaimanapun terkena benteng sebelum sepakan susulannya terkena palang meskipun Hamsani Ahmad sudahpun tertewas.minit ke-26. Sepakan percuma diambil Rezal Zambery Yahya dari sebelah kanan mencari Idris yang berlari di antara Razman Roslan dan Kit Kong lalu menanduk melepasi jangkauan Hamsani sekaligus menggembirakan penyokong tuan rumah.Selangor cuba membalas namun dua sepakan percuma di kawasan berbahaya yang diperolehi selepas itu disia-siakan masing-masing menerusi sepakan leret Farderin yang ditepis keluar Farizal pada minit ke-31 dan sepakan Safiq yang meliar.
bersambung babak kedua, Selangor mengatur gerak mencari gol namun hantaran cantik Safee Sali menemui ketua pasukan Amri Yahyah namun tandukannya terkena tiang walaupun berjaya mengelirukan Farizal.Gandingan kemas barisan tengah dan pertahanan Negeri Sembilan jelas memaksa Selangor membuat percubaan dari jarak jauh di samping beberapa kali mengancam Selangor menerusi serangan balas pantas yang bagaimanapun gagal disempurnakan dengan baik.Devan membuat pertukaran pada minit ke-70 dengan memasukkan R Surendren dan Amirulhadi Zainal seminit kemudiannya bagi menggantikan Hardi Jaafar dan Farderin. Surendren mengambil tempat bergandingan dengan Safee manakala Amri turun beraksi di bahagian tengah. Minit ke-75 larian solo Surendren hampir membuahkan hasil namun dipatahkan lawan apabila beliau memilih untuk melakukan sepakan tatkala terdapat rakan sepasukan di posisi yang lebih baik. Namun kesilapan Alif Samsudin di posisi bek kanan si Rusa membolehkan Surendren mengambil kesempatan berlari berhampiran garisan gol sebelum melorongkan kepada Safee yang mudah menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-76.Gol tersebut menggembirakan kira-kira 5,000 penyokong Merah Kuning,Selangor tidak menunggu lama untuk menjaringkan satu lagi gol, kali ini menerusi gerakan satu dua Surendren dan Safee yang disudahkan dengan baik oleh Surendren pada minit ke-82. Negeri Sembilan cuba mencari gol penyamaan namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan lantas memastikan skuad Red Giants menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelapan.

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA..SEMOGA APA YANG DI INGINKANKAN AKAN MENJADI KENYATAAN......

Monday, December 21, 2009

Selamat Pengantin Baru Kawan2....






""Faisyal and Nurul""" nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan kami Aini dan Faeza kerana telah menamatkn zaman bujang mereka pada tahun ini. Kami berkesempatan memeriahkan majlis perkahwinan mereka dan harapan kami semoga mereka berbahagia di dunia dan akhirat.... Nie sekitar majlis yang sempat kami rakam....

Sunday, December 20, 2009

Piala Kelab Dunia: Barcelona Juara










Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh cemerlang untuk Fc Barcelona apabila boleh dikatakan merangkul semua kejuaraan dalam liga domestik sepanyol dan antarabangsa.Selepas cemerlang merangkul juara La Liga,Spanish Copa Del Ray,Liga Juara-Juara,Spanish Super Cup dan Uefa Super Cup.Semalam mereka terus mempamerkan rentak cemerlang apabila menewaskan kelab Argentina Estudientes 1-2 selepas masa tambahan untuk menambah kejuaraan.Perlawanan yang seimbang dengan gerakan berbahaya dari kedua-dua pasukan yang menghiburkan peminat di stadium.Namun Kelab dari Argentina sepatutnya berada didepan apabila Veron melakukan percubaan namun hanya melintasi depan gawang barca pada minit ke 25.Minit ke 37 akhirnya barca dikejutkan hasil jaringan Bosseli yang menanduk masuk hasil hantaran silang dari sebelah kanan.Barca kembali mengasak untuk menyamakan kedudukan namun digagalkan oleh ketangkasan penjaga gol Estudientes. Babak kedua barca terus berusaha untuk mencari gol penyamaan dengan serangan bertali arus ke kubu estudientes.Barca terus tidak berputus asa mengasak ke kubu kelab argentina untuk mencari gl penyamaan dengan beberapa serangan yang di gerakkan oleh Xavi,Messi,Toure,Henry namun gagal dan tersasar.
Ketika baki permainan berbaki 2 minit menuju penamat Pedro melonjak menanduk masuk gol penyamaan dan membawa perlawanan ke masa tambahan.Babk pertama masa tambahan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan.Bersambung babak kedua akhirnya Messi mendada menjaringkan gol kemenangan pada minit 118 hasil hantaran silang dari sebelah kiri gawang estudientes.Kedudkan kekal sehingga tamat perlawanan dan barca merangkul piala ke 6 untuk tahun 2009.