LInk
Monday, February 16, 2009
Tempat ke 3 Kejohanan 9 Sebelah JKKK Sungai Kelambu
Semalam Mr AF and d' geng 1 hari suntuk berada di kampung Sungai Kelambu memeriahkan kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran JKKK Sungai Kelambu.Kejohanan yang julung kali diadakan dibawah pentadbiran baru kepimpinan kampung tersebut telah dimeriahkan dengan penyertaan pasukan-pasukan yang hebat dan bersemangat tinggi.
Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dengan bertemakan nama-nama islam.Pasukan tuan rumah menghantar 4 pasukan selain 4 pasukan lagi adalah jemputan dari
Mr AF and d' geng (duduk kanak sekali)
kampung-kampung berdekatan.Warna Agong menghantar 2 pasukan terdiri daripada Warna Agong Veteran & Remaja Warna Agong.2 pasukan lagi diisi oleh pasukan dari Sungai Buaya dan Pondok dari Labohan Dagang.
Kejohanan bermula dari jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dari setiap pasukan dan dimulakan dengan bacaan doa.Saya mewakili pasukan Sg Kelambu A dengan menampilkan barisan pemain rata-rata yang sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam perlawanan persahabatan dan kejohanan besar.
Pada perlawanan pertama pasukan saya adalah menentang Remaja Warna Agong,Namun pasukan kami agak kurang bernasib baik walaupun menguasai perlawanan dan melancarkan beberapa serangan ke kubu Remaja Warna Agong namun gagal mendapatkan jaringan.Ketika kami hanya berharap untuk berpuas hati dengan keputusan seri,kami dikejutkan dengan jaringan tunggal pemain Warna Agong untuk memberi aksi mengecewakan kepada kami tewas 0-1.
Perlawanan ke 2 kami adalah menentang pasukan Sungai Buaya yang mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama dengan pasukan Sungai Kelambu D.Namun kami tetap berusaha dan mengubah rentak permainan dan mendapatkan jaringan awal.Baru 3 minit beraksi kami sudah didepan mendahului mereka 1-0.Perlawanan berlangsung dengan aksi serang-menyerang dan terdapat aksi kekasaran berlaku dan hampir mengundang pergaduhan.Begitupun keputusan kekal untuk memihak kepada team saya 1-0 dan membuka peluang kepada team saya untuk layak ke separuh akhir.Dalam 1 lagi perlawanan Warna Agong menang pula 1-0 ke atas Sungai Kelambu D.
Perlawanan terakhir kumpulan agak mudah buat pasukan saya apabila mengambil peluang dari kekalahan Remaja Warna Agong yang tewas kepada Sungai Buaya 1-2 untuk menjadi naib juara kumpulan dan layak ke separuh akhir apabila menang 3-0 menewaskan pasukan Sungai Kelambu D.
Di separuh akhir pasukan saya beraksi dengan tanpa tekanan menentang Veteran Warna Agong dengan menguasai permainan dan melakukan serangan dari awal permainan,namun dek kerana asyik menyerang dan leka pasukan saya dikejutkan dengan jaringan sendiri pemain pertahanan pasukan saya sendiri apabila suhaimi tertampan bola masuk untuk kami ketinggalan 0-1.Babak kedua kami mengubah permainan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan namun nasib tidak menyebelahi kepada pasukan kami sehingga tamat permainan.
Perlawanan Akhir menemukan pasukan Veteran Warna Agong menentang Sungai Kelambu B.Kejohanan ini dimenangi pasukan Veteran Warna Agong dengan sepakan penalti 3-2 setelah tamat permainan masa sebenar terikat 0-0.
Walaupun mendapat no 3 dalam kejohanan ini,ia tidak melemahkan kami dan Pasukan saya berjanji akan memberi aksi terbaik untuk kejohanan tahun hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Muke sure gelap dah...
dah tentu gelap pun...heheheheh
so... me lagi cerah than u la ni... n u dah x mcm chinese dah pasnie.. huhu yezza...
erm xpe pasni akan nampak jugak cam cina...hehehehehe
nice blog.
Very Nice Blog
Post a Comment