KOTA BHARU: Kuala Krai dan Pasir Mas adalah dua kawasan jajahan yang mula dilanda banjir di Kelantan apabila lebih 300 mangsa dilaporkan mula dipindahkan sejak tengah hari ini berikutan limpahan air Sungai Kelantan dan Sungai Golok.
Ketua Pegawai Bilik Operasi Gerakan Banjir Negeri, Mohd Anis Hussein, berkata di Pasir Mas sejumlah 190 mangsa banjir telah berpindah manakala di Kuala Krai membabitkan 130 orang.
"Bacaan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu di Jenob 24.52 meter (bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang 9.94 meter (bahaya 9 meter)," katanya kepada Bernama
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata seramai 540 pegawai dan anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi membantu mangsa banjir pada musim tengkujuh tahun ini.
Katanya, pihaknya akan membekukan cuti semua kakitangannya bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir bertambah serius
No comments:
Post a Comment