LInk
Sunday, July 18, 2010
Liga Super 2010: SELANGOR 3 P PINANG 0
Selangor terus mencatat kemenangan apabila menjadikan Pulau Pinang mangsa seterusnya dalam perlawanan ke 23 Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Beraksi dihadapan penyokong sendiri ditambah dengan kehadiran semula jurulatih K Devan dan Hardi Jaafar selangor dilihat bermain bertenaga dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu pasukan pelawat,Namun dihampakan dengan percubaan liar dan diselamatkan oleh penjaga gol pelawat.Kedudukan kekal 0-0 pada separuh masa pertama.Babak kedua pasukan Selangor terus mengasak ke kubu Pelawat untuk mendapat kan gol pendahuluan,namun kekentalan barisan serangan dan ditambah ketumpulan jentera serangan selangor menggagalkan usaha terbabit.
Akhirnya gol yang dicari Selangor diperolehi setelah Nasriq Bahrom menanduk masuk sepakan sudut Safiq Rahim untuk melegakan dan menggembirakan penyokong tuan rumah.Selepas jaringan tersebut pasukan selangor terus mengganddakan asakan untuk menambah jaringan.Selangor menambah gol ke 2 hasil jaringan Mohd Amri Yahya yang menolak masuk mudah didepan pintu gol untuk menjadikan kedudukan semasa 2-0.
Tidak lama selepas itu selangor menjarakkan kedudukan kepada 3-0 apabila Safee Sali menyudahkan rembatan leret menewaskan penjaga gol pelawat.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan selangor membawa pulang 3 mata untuk mengekalkan kedudukan tangga teratas liga dengan perbezaan 5 mata dengan kelantan di tangga ke 2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment