LInk

" Walk to remember" ~~ by AFNF

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa



Kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang pernah melayari blog kami. Semoga Ramadhan pada kali ini bermakna untuk anda semua untuk menunaikan Ibadah dan dikurniakan kesihatan yang terbaik di sepanjang Ramadhan... Ikhlas daripada Mr. AF & Miss NF

Friday, August 6, 2010

1st time karaoke with Mr. F






Salam, just share gambar2 berkaraoke with Mr. F di Green Box, Bukit Tinggi sempena his bday actually.. advnce.. xsangka suara die boleh tahan la.. but lagu2 lama... yang selalu dimainkan di Radio Sinar.. we luv radio sinar now... ( hehe.. tlg promote). Actually time nie plan nak watch muvie je... but my little 2 brothers ask for karaoke then we decided to karaoke smpai serakk suara..
Cume... berebut lagu dengan budak2nya.. we all terpaksa mengalah la.. hahaha.. see yaaa... and HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED FIANCE, AHMAD FAISYAL on 7 August... also to my luvly sista Nurul Akmar which bday in d' same date wit my fiance... but dat time she's going to Bandung.. hehe...

Thursday, August 5, 2010

Bersama anak yatim dan asnaf Kanchong Darat...






Kali ni nak share sikit tentang tradisi masyarakt kita menjelang Ramadhan dan sempena bulan Ramadhan. kebanyakkan kita semua bila nak puasa or raya baru teringat anak - anak yatim ni.. ermm bagi Miss NF kalau boleh anak yatim ni kene dipantau setiap masa supaya mereka dekat dengan masyarakat.

Miss NF berkesempatan beramah mesra dengan anak - anak yatim Kanchong Darat dalam beberapa program baru - baru ni... ternyata mereka nie masih memerlukan sokongan orang ramai, sekaligus harapan mereka untuk mendapat perhatian yang terbaik dalam masyarakat.
Walaubagaimanapun, Miss NF sempat bersembang dengan anak - anak berkenaan dan ada yang meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan masyarakat.

Miss NF juga sedih apabila salah seorang anak yatim tersebut berkata, "Kakak, kan best kalau saya dah besar boleh bantu anak - anak yatim seperti kami ni" Perghh... bergenang air mata Miss NF sebenarnya... Miss NF sempat jawab "insyallah boleh dik.. semua boleh membantu cuma nak tak nak je" Tapi alhamdullilah.. sokongan pimpinan masyarakat dan pelbagai pihak turut turun padang menghulurkan sumbangan sekaligus memebri peluang untuk Rumah Anak Yatim tersebut mendapat perhatian masyarakat kerana tempat tinggal mereka itu masih baru...

Nie sempat Miss NF bergambar bersama anak - anak yatim.. hehe...

Sunday, July 18, 2010

Liga Super 2010: SELANGOR 3 P PINANG 0





Selangor terus mencatat kemenangan apabila menjadikan Pulau Pinang mangsa seterusnya dalam perlawanan ke 23 Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Beraksi dihadapan penyokong sendiri ditambah dengan kehadiran semula jurulatih K Devan dan Hardi Jaafar selangor dilihat bermain bertenaga dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu pasukan pelawat,Namun dihampakan dengan percubaan liar dan diselamatkan oleh penjaga gol pelawat.Kedudukan kekal 0-0 pada separuh masa pertama.Babak kedua pasukan Selangor terus mengasak ke kubu Pelawat untuk mendapat kan gol pendahuluan,namun kekentalan barisan serangan dan ditambah ketumpulan jentera serangan selangor menggagalkan usaha terbabit.
Akhirnya gol yang dicari Selangor diperolehi setelah Nasriq Bahrom menanduk masuk sepakan sudut Safiq Rahim untuk melegakan dan menggembirakan penyokong tuan rumah.Selepas jaringan tersebut pasukan selangor terus mengganddakan asakan untuk menambah jaringan.Selangor menambah gol ke 2 hasil jaringan Mohd Amri Yahya yang menolak masuk mudah didepan pintu gol untuk menjadikan kedudukan semasa 2-0.
Tidak lama selepas itu selangor menjarakkan kedudukan kepada 3-0 apabila Safee Sali menyudahkan rembatan leret menewaskan penjaga gol pelawat.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan selangor membawa pulang 3 mata untuk mengekalkan kedudukan tangga teratas liga dengan perbezaan 5 mata dengan kelantan di tangga ke 2.

Adriano Lengkapkan Perpindahan Ke Barca





Fc Barcelona melengkapkan perpindahan pemain Sevilla Adriano dengan menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan Barca membayar 9.5 juta euro kepada Seville.Pemain berusia 25 tahun itu adalah pemain kedua yang menyertai Fc Barcelona untuk menghadapi musim baru La Liga.Sebelum Piala Dunia 2010 bermula,Barca telah melengkapkan perpindahan Pemain Valencia David Villa dengan harga perpindahan sebanyak 40 juta euro.
Dengan Kehadiran Villa Dan Adriano ini juga mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yaya Toure Yang berhijrah ke Manchester City dan Thiery Henry yang berhijrah ke New York Red Bulls dalam liga Amerika Syarikat.